Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts
Wednesday, September 23, 2015
Friday, September 4, 2015
Anda Memiliki Hartanah tetapi Tidak Tahu Nilai Semasa?
4:57 PM
Tips
Anda mempunyai hartanah tetapi tidak tahu nilai semasa hartanah anda? Kajian menunjukkan 85% daripada pemilik-pemilik hartanah terutamanya dikalangan bumi-putra tidak mengetahui nilai sebenar hartanah mereka sebelum menjualnya. Akibatnya ,mereka kerugian beribu-ribu ringgit kerana menjual hartanah dibawah harga yang sepatutnya.... Jangan biarkan perkara ini berulang. Semak nilai terkini hartanah anda disini secara percuma disini....
klik di sini untuk semak nilai hartanah terkini anda
klik di sini untuk semak nilai hartanah terkini anda
Monday, January 21, 2013
Tips mencari rumah mengikut kemampuan
4:31 PM
Tips
Setiap institusi perbankan Islam menawarkan pakej pembiayaan perumahan-i yang berbeza. Teliti semua ciri pakej pembiayaan tersebut dan jangan membuat keputusan hanya berdasarkan kepada satu ciri tertentu sahaja. Carilah pakej yang sesuai dengan keperluan kewangan anda di samping menawarkan manfaat tambahan, seperti terma terma pembayaran yang menguntungkan anda.
Berikut adalah di antara tip-tip yang boleh anda gunakan.
Buat belanjawan bagi menentukan harga rumah yang mampu anda beli.
Dengan belanjawan ini, anda boleh menentukan harga maksima hartanah yang ingin anda beli. Sebagai panduan, komitmen bulanan seperti ansuran rumah, kereta dan lain-lain bayaran tidak boleh melebihi 1/3 daripada pendapatan kasar isi rumah.
Periksa sumber kewangan anda:
Tabungan persendirian
Pastikan anda mempunyai tabungan persendirian yang mencukupi untuk menjelaskan bayaran muka (anggaran 10% - 20% daripada harga rumah) dan kos sampingan lain seperti fi guaman dan duti setem (anggaran tambahan 3% - 5%)
Pengeluaran daripada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Jumlah simpanan KWSP yang boleh dikeluarkan untuk membeli rumah tidak boleh melebihi jumlah yang ada dalam Akaun 2 anda. Sila hubungi pejabat KWSP yang berdekatan untuk membuat pertanyaan berhubung kelayakan membuat pengeluaran tersebut
Kemudahan pembiayaan daripada institusi perbankan Islam
Buat tinjauan dan perbandingan terhadap pakej pembiayaan di pasaran yang paling sesuai dengan anda, kualiti perkhidmatan yang cekap dan boleh dipercayai, serta caj-caj yang dikenakan seperti fi guaman, fi dan caj berkaitan yang dibayar kepada pihak kerajaan.
Jika anda ingin membeli rumah yang masih dalam pembinaan, sila periksa latar belakang pemaju. Jangan takut untuk bertanyakan pelbagai soalan kepada pemaju. Pemaju yang mempunyai rekod yang baik akan mengurangkan risikoprojek terbengkalai. Pastikan pemaju:
- Mempunyai lesen sah yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
- Mempunyai permit sah pengiklanan dan jualan yang dikeluarkan oleh penguat kuasa tempatan.
Jika anda ingin membeli rumah yang telah siap daripada penjual, sila dapatkan nilai pasaran bagi rumah yang serupa di kawasan yang sama.
Friday, January 18, 2013
Faktor-faktor mempengaruhi kadar faedah
12:41 PM
Tips
Ramai pemilik rumah kurang faham kenapa mereka tidak layak mendapat kadar faedah yang minima seperti yang diiklankan oleh institusi kewangan. Hakikatnya, kadar faedah ditentukan juga oleh faktor-faktor peminjam.
Antara faktor tersebut adalah:
Skor Kredit (Credit Rating)
Laporan kredit anda mempunyai pengaruh yang besar ke atas kadar faedah. Sekiranya laporan kredit anda sangat baik yakni anda bayar kad kredit dan hutang-hutang lain mengikut masa, ansuran bulanan hutang anda rendah berbanding dengan gaji anda, institusi kewangan akan yakin anda tidak akan menghadapi masalah untuk membayar ansuran bulanan. Jadi mereka akan menawarkan pinjamam dengan kadar faedah rendah.
Jenis Hartanah.
Kadar faedah juga bergantung kepada jenis hartanah yang anda ingin beli. Secara umum, anda akan dikenakan interest yang lebih tinggi sekiranya anda membeli rumah kedua atau sekiranya anda bertujuan menyewa hartanah tersebut selepas membeli.
Tempoh Pinjaman.
Kadar interest juga lebih tinggi sekiranya anda meminjam untuk tempoh yang lebih singkat. Contoh kadar faedah biasanya lebih tinggi untuk pinjaman 15 tahun berbanding pinjaman 30 tahun.
Jumlah Pinjaman.
Secara umum, jumlah pinjaman yang lebih tinggi amaunnya, lebih tinggi kadar faedah.
Nisbah pinjaman : nilai rumah.
Kadar pinjaman : nilai rumah dikira dengan jumlah pinjaman yang dipohon bahagi dengan nilai rumah. Semakin tinggi nisbah tersebut semakin tinggi kadar faedah. Ini bermakna sekiranya down payment anda kurang dan jumlah pinjaman tinggi, maka lebih tinggi interest.
Lokasi.
Kadar faedah berlainan mengikut lokasi hartanah yang anda beli. Sesetengah lokasi yang dijangka akan mengalami perkembangan ekonomi dan infrastruktur akan menaikkan nilai rumah anda. Biasanya kadar faedah yang dikenakan oleh bank rendah dalam kes tersebut.
Cara setiap bank akan menilaikan faktor-faktor tersebut secara berlainan, jadi kadar faedah mungkin berlainan mengikut bank. Anda dinasihatkan untuk mendapat quotation daripada beberapa institusi kewangan sebelum membuat keputusan.
Sebab-sebab untuk refinance rumah
12:37 PM
Tips
Terdapat banyak sebab mengapa pemilik rumah membuat keputusan untuk refinance. Antara sebab-sebab utama adalah;
Jimat Interest dan Duit
Oleh kerana amaun pinjaman yang terlibat besar dan tempoh pinjaman lama, penjimatan dua atau tiga peratus interest akan membawa kepada penjimatan wang yang banyak kepada peminjam. Sekiranya anda sekarang sedang membayar hutang pinjaman yang kadar faedahnya tinggi, maka anda perlu mempertimbang sama ada untuk refinance khasnya apabila kadar pinjaman perumahan rendah.
Menurunkan Ansuran Bulanan
Sekiranya anda dapat membuat refinance dengan pinjaman kadar faedah yang rendah, anda boleh mengurangkan ansuran bulanan. Ataupun anda boleh memilih untuk mengekalkan jumlah ansuran pinjaman setiap bulan tetapi memendekkan tempoh pinjaman.
Mengambil Kesempatan Skor Kredit Yang Lebih Baik
Walaupun dalam situasi kadar interest BLR masih tinggi, anda masih boleh refinance dengan kadar interest yang rendah. Ini kerana kemungkinan skor kredit anda bertambah baik sejak anda mendapat pinjaman dulu.
Membiayai Kos Pendidikan Anak-Anak
Apabila nilai rumah anda naik dan baki pinjaman anda telah berturun selepas bertahun-tahun membayar ansuran bulanan, ekuiti anda akan bertambah. Ekuti merujuk kepada bahagian nilai rumah anda yang dimiliki anda selepas membayar semua pinjaman perumahan. Akan tetapi ekuiti anda perlu ditukar kepada tunai sebelum ianya dapat digunakan. Cash-out refinance merupakan cara pemilik rumah boleh “menukar” ekuiti kepada tunai. Tunai tersebut boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti membiayai kos pembelajaran anak-anak.
Membayar Hutang Kadar Faedah Tinggi
Salah satu penggunaan Cash Out Refinance adalah untuk tujuan menstruktur kembali hutang-hutang anda. Ini kerana pinjaman perumahan merupakan cara yang baik untuk membayar hutang-hutang lain yang interest tinggi seperti kad kredit. Kadar faedah untuk refinance adalah lebih rendah daripada pinjaman peribadi dan pinjaman lain. Setelah membayar hutang-hutang lain, anda hanya ada satu hutang sahaja iaitu hutang pinjaman perumahan. Oleh itu proses ini juga digelar debt consolidation (penggabungan semua hutang kepada satu hutang).
Tips sebelum membuat cash out refinance rumah
12:33 PM
Tips
Setelah bertahun-tahun membayar ansuran pinjaman perumahan, maka baki hutang anda semakin berkurang. Sekiranya nilai rumah anda (harga pasaran terkini) melebihi baki hutang maka anda dikatakan mempunyai ekuiti iaitu perbezaan nilai harga rumah dengan baki hutang anda. Ekuiti anda akan bertambah lebih tinggi lagi sekiranya harga pasaran rumah anda naik. Walaubagaimanapun, ramai pemilik rumah tidak tahu cara untuk menggunakan ekuiti tersebut.
Sebenarnya ekuiti rumah anda boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Cara untuk menggunakan asset anda adalah dengan cash out refinance di mana anda mendapat pinjaman baru dan menggunakan rumah anda sebagai cagaran. Kadar faedahnya sama seperti lebih rendah berbanding dengan pinjaman peribadi.
Duit daripada cash out refinancing boleh digunakan untuk pelbagai tujuan:
- menjelaskan hutang-hutang anda yang berfaedah tinggi seperti kad kredit
- mengubahsuai rumah dan sekaligus menaikkan lagi nilai rumah anda
- membiayai kos pendidikan anak-anak
- membayar bil perubatan dan rawatan hospital
Berikut adalah beberapa tip yang penting semasa mendapat pinjaman perumahan ekuiti:
Berjumpa dengan Beberapa Pegawai Bank
Setiap bank mempunyai kadar faedah dan syarat-syarat yang berlainan. Jadi dengan mengambil masa untuk membuat kajian dan perbandingan, anda mungkin dapat berjimat faedah berpuluh-puluh ribu ringgit. Tempat yang paling mudah untuk mendapat maklumat adalah melalui internet di mana anda boleh mendapat maklumat dengan cepat daripada beberapa peminjam. Pengetahuan daripada kajian anda boleh dijadikan panduan apabila anda berjumpa dan berunding dengan pegawai bank. Ataupun, satu cara lain adalah mendapat bantuan daripada penasihat pinjaman perumahan yang mewakili banyak bank.
Membuat Pilihan yang Bijak
Sebelum anda meminjam dengan menggunakan ekuiti rumah, anda perlu tahu tentang risiko pinjaman tersebut. Ini kerana sekiranya anda tidak dapat membayar balik hutang anda, bank akan melelong rumah anda untuk mendapat balik hutang mereka! Jadi sebelum membuat keputusan, anda perlu yakin dapat membuat pembayaran ansuran bulanan yang ditetapkan. Peminjam tidak digalakkan untuk meminjam atas ekuiti rumah untuk tujuan seperti pelancongan dan pembelian asset yang tidak diperlukan seperti kereta mewah dan sebagainya. Menggunakan dana tersebut untuk tujuan perniagaan pun ada risikonya. Sekiranya anda gagal dalam perniagaan, rumah anda akan dilelong.
Laporan Kredit Kewangan Anda (Credit Rating)
Sebelum anda meminjam, anda perlu periksa credit rating anda. Sekiranya credit rating anda tidak beberapa baik, anda dinasihatkan memperbaiki credit rating dulu sebelum memohon supaya kadar faedah anda rendah.
Thursday, August 9, 2012
Kenapa bank menolak pinjaman anda??
10:21 AM
Tips
Membuat pinjaman bank pada individu tertentu adalah sesuatu yang memudahkan, tetapi pada sesetengah orang membuat pinjaman dengan bank adalah satu perkara seumur hidup yang menyakitkan hati. Sudah lah banyak dokumen yang perlu disediakan, alih-alih pinjaman pula tidak dapat diluluskan… Kenapa?
Pertama sekali, saya ingin bertanyakan kepada anda… anda tahu tak sebenarnya institusi perbankkan bukanlah dari industri hartanah? mereka adalah “alien” disini tetapi didalam masa yang sama kita sangat-sangat memerlukan mereka, kenapa?
Boleh saya katakan… institusi perbankkan hanya ingin membuat keuntungan dengan anda!
Sudah memang lumrah hidup, kita kena membuat simpanan lebih.. Lagi-lagi kalau dah bercadang lagi 5 ke 10 tahun nak beli rumah idaman / sendiri. Daripada bayar sewa rumah, lagi elok bayar installment untuk rumah sendiri. Dengan adanya bank sebagai wahyu anda… mungkin sudah tiba masanya anda merealisasikan impian memiliki hartanah idaman.
Berbalik pada tajuk artikel ini, kenapa bank menolak pinjaman anda? secara asasnya saya pun tak tahu. Tetapi alasan yang kerap saya terima dari bank, pemohon ini tidak berkelayakkan, liabiliti pemohon tinggi, ccris, ctos, business tak bagus, penyata bank tak selari, penyata epf, pemohon tak bayar cukai… dan macam – macam hal lagi.
Jika pinjaman anda tidak lulus dengan sebuah bank, mungkin cawangan dan bank lain dapat membiayai pemilikan rumah anda. Saya mempunyai beberapa pelanggan yang memohon pinjaman pada cawangan yang berdekatan dengan pejabatnya… Selepas seminggu, seorang “officer bank” menelefon si pemohon dan mengatakan pinjaman tidak diluluskan kerana faktor liabiliti atau komitmen yang terlalu tinggi. Tetapi apabila dia pergi momohon ke cawangan bank berhampiran dengan rumahnya, permohonan itu telah diluluskan tidak sampai seminggu pun. Pada hal masih bank yang sama…. cuba fikirkan….
Jika pihak bank memberi alasan “anda punyai komitmen yang tinggi”, anda sebenarnya masih berpeluang, kerana saya dapati ada sesetengah cawangan mempunyai kuota tertentu. Pengurus-pengurus pinjaman disana mempunyai had maksima untuk meluluskan pinjaman sebelum mereka menghantar permohonan itu ke ibu pejabat untuk mendapatkan kebenaran. Walau pun begitu jangan anda berdegil, jika 2-3 bank telah “reject” permohonan anda, ini bermakna memang komitmen anda tinggi. Cuma jika anda gagal kali pertama, tidak bermakna anda tidak dapat membiayai rumah anda, cuba cari bank lain atau bank cawangan lain.
Dari maklumat yang saya terima, ada juga sesetengah bank hanya meluluskan peruntukkan tertentu pada sesuatu projek. Sebagai contoh untuk projek A bank ini memperuntukkan RM20 juta dan jika kelulusan telah lebih dari kuota bank…. mereka akan mula “reject” semua kes-kes yang datang dari projek ini.
Tidak perlu risau… sebaliknya tanya kembali pada pegawai bank – Kenapa permohonan anda ditolak? ada cara lain untuk saya mendapatkan pembiayaan rumah saya? Mungkin pegawai itu dapat memberikan beberapa cadangan kepada anda.
Apa-apa pun jangan berputus asa, cuba tanya pada penjual hartanah anda, mungkin beliau dapat membantu di dalam pencarian anda ini. Kebiasaan mereka yang terlibat didalam hartanah akan memberikan anda nombor telefon pegawai bank yang boleh dipercayai dan pantas didalam kerja.

Thursday, August 2, 2012
Petua Masuk Rumah Baru
12:49 PM
Tips
Azan - Laungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar)
yang suka tinggal di rumah atau bangunan yang tidak berpenghuni.
Baca Surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."
Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki.
Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (Hadis riwayat Al-Baihaqi)
Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak 1 kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas Nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi 1 kali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.
Tuesday, July 24, 2012
BERMINAT UNTUK REFINANCE RUMAH?
2:31 PM
Tips
Terdapat beberapa bank menyediakan pembiayaan semula rumah |
Tajuk hari ini khas bagi sesiapa yang
sudah pun memiliki rumah sendiri. Bagi yang belum tu, cepat-cepatla beli
rumah ye sementara umur anda masih lagi muda. Kalau dah tua nanti, dah
tak dapat lagi nak buat pembiayaan yang lama untuk kurangkan faedah.
Akhirnya nanti, anda terpaksa membayar lebih setiap bulan kepada bank.
Secara asasnya, ada 3 tujuan yang biasa kami dengar tentang
pembiayaan semula rumah ini :
- Nak kurangkan bayaran bulanan
- Nak dapatkan duit samada untuk buat renovation, setelkan hutang dan sebagainya.
- Ada offer baru dari bank yang lebih bagus dari pembiayaan sekarang.
Tetapi, yang selalu kita dengar golongan
yang biasa buat refinance ini, adalah terdiri daripada golongan dari a)
dan b) tadi. Sebelum nak refinance rumah,
kita sendiri perlu tahu apa tujuan sebenarnya apabila mahu buat
pembiayaan semula rumah ini. Ramai yang buat silap dengan refinance
rumah disebabkan untuk mendapatkan duit semata dan kemudian beli
barang-barang yang tidak perlu atau maksudnya berjoli. Ini selalu yang
kami nampak pada kebanyakan orang. Namun, terpulanglah. Sendiri punya
duit, pandai-pandaila uruskan bukan. Terpulang. Nak cakap banyak,
masing-masing dah besar.
Okey……setelah anda dah tahu apa tujuan
anda nak buat refinance ini, barulah kita pergi “jalan-jalan” dulu ke
setiap bank untuk mendapatkan pilihan tawaran yang terbaik. Bersesuaian
dengan kehendak dan tujuan kita tadi. Lain bank, lain kadar faedah serta
keistimewaannya. Namun, apa yang penting adalah anda mestilah mencari
tawaran yang terbaik bersesuaian dengan apa tujuan anda.
Ada beberapa
perkara penting yang perlu anda ambil tahu sebelum membuat pembiayaan
semula ini.
Di antaranya ialah:
1) Maklumat Kediaman:
- Alamat rumah dan jenis hartanah .
- Keluasan tanah .
- Build up area@Keluasan Dibina
- Freehold@ leased hold
- Ada pernah buat Renovation & Kos
- Jumlah Pinjaman Sebelum Ini
- Jangkamasa Pinjaman.e.g 25 tahun
- Bayaran bulanan pinjaman
- Tarikh pembayaran pinjaman pertama
- Jangkamasa Lock-In
- Harga Semasa Kediaman
2) Parameter Pembiayaan
- Pembiayaan 80%@90% pada harga semasa
- Faedah pembiayaan yang ditawarkan
- Jumlah bayaran bulanan maksimum
- Jangkamasa pembiayaan.e.g 20 tahun@25 tahun@30 tahun
- Jenis Pembiayaan-Flexi Konvensional@Fixed Islamik
- Jangkamasa Lock-Down.Kebiasaannya adalah 3 hingga 5 tahun
- Kemudahan Pembayaran Awal(samada tidak dikenakan penalty dan kadar faedah berkurangan)
- Faedah Daily Rest@Monthly Compounded
- Zero move in cost atau Non Zero move in cost
Apabila anda sudah sudah tahu
maklumat dan parameter pembiayaan seperti di atas tadi, adalah lebih
baik anda meminta quote harga kepada sebanyak bank yang boleh. Selidik
quote tersebut dengan teliti dan sebaiknya. Jangan tandatangan apa-apa
lagi pada waktu ini. Setelah itu, pilih 3 yang terbaik dan isi borang
serta hantarkan kepada bank-bank berkenaan. Setelah mendapatkan offer
letter dari pihak bank, jangan tandatangan lagi. Gunakan offer letter
tersebut untuk counter offer dari bank-bank yang terdiri dari 3 yang
terbaik tadi. Ini adalah trick untuk mendapatkan lebih banyak faedah
seperti kadar faedah yang lebih rendah serta fleksibiliti pembayaran.
Selepas anda sudah memilih dengan
tawaran yang paling terbaik tadi, barulah anda boleh menandatangani
perjanjian. Dan jangan lupa, sering kami ingatkan di sini bahawa klausa
perjanjian perlulah dibaca dengan teliti. Ramai yang ambil mudah
benda-benda ini. Almaklumlah tebal bebenor, sampai naik rimas pula nak
kaji selai-selai kan? Tapi benda ini penting. Ada klausa-klausa
perjanjian tertentu yang perlu diambil perhatian seperti penyelesaian
awal.
Ada sesetengah bank menawarkan
penyelesaian awal tanpa dikenakan faedah atas jumlah pinjaman dan ada
juga yang tidak menawarkan fleksibiliti berikut. Jadi, itu adalah contoh
yang perlu anda ambil perhatian. Berikut di bawah juga diberikan
jenis-jenis pembiayaan perumahan yang biasa terdapat di bank-bank di
Malaysia.
TERM LOAN (TL) FEATURES
- Traditional Basic Home Loan
- Amortizing (Reducing) based on loan tenure.
- No withdrawal allow
- Pre-Payment allows for completed property.
- Semi-Annual/Annual Home Loan Statement given.
- Must Discharge from Bank upon full settlement.
- Suitable for Fixed income earner (Employment) with minimal saving surplus.
- No Monthly Maintenance Charges
- Daily Rest Calculation* – subject to bank’s packages offered (Not applicable for Islamic Loan)
TERM LOAN (TL) TYPES
A) Conventional Flexi-Term Loan.
A) Conventional Flexi-Term Loan.
- Multi Tiers Rates.
- Follow BLR fluctuations.
- Installment is not fixed as BLR will fluctuate.
- No Withdrawal allows. *Currently few banks allow withdrawal if you paid extra – min. RM5K per w/draw & RM50 fee, will be charge.
- Penalty will be charge if you are to REFINANCE, SELL OFF or FULLY SETTLE within LOCK-IN Period.
- Only few bank’s package allow prepayment during construction period.* subject to package term & conditions.
B) Flexi-Fixed Rates Term Loan.
- Single Tier Rate.
- No BLR fluctuation affects.
- Installment & Total Repayment is Fixed.
- No Withdrawal allows.
- Penalty will be charge if you are to REFINANCE within LOCK-IN Period.
- No Penalty for Fully Settlement or Sell Of Property – Anytime.
- Allow prepayment during construction period.
- Minimal Chances of Refinancing since the current rate is lower the BLR. Unless You need to cash out.
OVERDRAFT LOAN (OD) FEATURES
- Normally is a Single Tier Rates.
- Follow BLR fluctuations.
- Loan A/C = Current A/C = Not Amortizing (Reducing) loan.
- Higher Interest Rate compare to TL.
- Allow withdrawal by issuing checks.
- Allow Pre-Payment.
- Penalty will be charge if you are to REFINANCE, SELL OFF or FULLY SETTLE within LOCK-IN Period.
- Monthly Home Loan Statement given. (Current A/C Statement)
- No need to discharge upon fully settlement – standby cash
- Withdrawal Limit = evergreen not amortizing – will chop 20% standby limit at the end of the year starting age 60.
- Loan above RM250,000 will have 1% commitment fee annually
- Suitable for Businessmen / Self employment with big cash flow turnover
- Client With Bounces Check blacklisted will not entitled for this loan – CTOS BMC positives
- RM10 maintenance Charges.*
- Daily Rest Calculation.
- No need to Refinance again since OD allow standby Cash upon early fully paid off.
FLEXI-WITHDRAW LOAN (Hybrid Loan) – Combination of Term Loan & Overdraft facility
- Multi Tiers Rates
- Follow BLR fluctuations.
- Installment is not fixed as BLR & loan outstanding will fluctuate.
- Allow prepayment during construction period.
- Penalty will be charge if you are to REFINANCE, SELL OFF or FULLY SETTLE within LOCK-IN Period.
- Loan A/C = Current A/C + ATM card => Amortizing (Reducing) loan 07. Monthly Home Loan Statement given. (Current A/C Statement)
- No need to discharge upon fully settlement – standby cash
- Withdrawal Limit Amortizing – Follow Term Loan Amortizing
- No Annual commitment fee .
- Suitable for Businessmen / Self employment with big cash flow turnover.
- Client With Bounces Check blacklisted will not entitled for this loan – CTOS BMC positives.
- RM10 maintenance Charges.
- Daily Rest Calculation.
- Interest Rate Cheaper Than OD rate.
- No need to Refinance again since Hybrid Loan allow standby Cash upon early fully paid off.
Sekali lagi, ianya bergantung kepada
tujuan anda ingin membuat pembiayaan semula ini. Namun, kami lebih suka
sekiranya pembiayaan semula digunakan untuk membuat pelaburan baru
ataupun mengurangkan kadar bayaran bulanan disamping mendapat lebihan
wang untuk membuat pelaburan seperti membeli rumah lelong, menyimpan di
ASB dan sebagainya dari mengubahsuai rumah.
Ini kerana, bagi saya
pembiayaan semula bertujuan untuk kita mendapatkan lebihan wang sebagai
tujuan utama. Jadi, untuk memaksimakan duit tersebut, adalah lebih baik
dari melaburkannya. Dan dari faedah pelaburan seperti ASB, rumah sewa,
Homestay dan sebagainya, ianya sedikit sebanyak juga dapat menambahkan
lagi pendapatan.
Namun ianya terpulang kepada anda.
Berkemungkinan anda menghadapi masalah kewangan dan ingin menyelesaikan
hutang seperti hutang kad kredit,pinjaman peribadi dan sebagainya. Jadi,
pokok pangkalnya disini, tujuan pembiayaan semula anda hendaklah
memberikan faedah atau kesan positif kepada anda, dan bukan sebaliknya.
Thursday, July 19, 2012
Kesilapan besar apabila membeli rumah
5:41 PM
Tips
Ada beberapa kesilapan besar yang kadang-kadang pembeli tidak sedar
dan terlepas pandang apabila membeli rumah. Jika langkah yang pemilikan
hartanah dirancang dengan teliti, anda mungkin dapat menyelamatkan
beberapa ribu kos-kos tersembunyi, tetapi yang paling penting… segala
proses pemilikan rumah ini harus berjaya dan berjalan dengan lancar.
Melalui tips ini saya harap kita sama-sama dapat menjimatkan wang dan
masa, dan juga menghidari situasi tertekan apabila membeli rumah.
1. Pertama sekali, anda harus jujur dengan pegawai jualan dan pegawai bank tentang sejarah kredit anda. Kredit anda walau baik atau buruk sekali pun, terangkan kondisi kewangan anda pada penjual dan pihak pemberi pinjaman. Ini dapat mengelakkan terjejasnya proses “bayaran-muka” sehinggalah kadar faedah yang bank akan di tawarkan, kerana segala maklumat ini penting untuk mendapatkan kadar tawaran yang menarik dari bank.
Pegawai jualan hartanah dan pegawai bank sentiasa mampu memberi khidmat nasihat percuma untuk menyelesaikan segala masalah kredit anda sebelum memulakan tawaran pada rumah baru. Jadi anda tidak perlu merahsiakan apa-apa, ceritakan dengan jujur. Yang penting khidmat nasihat itu percuma.
2. Dapatkan pra-kelayakkan dari perunding pinjaman sebelum membuat apa-apa komitmen pada pemaju atau agen. Selidiki kelayakkan dan jenis hartanah yang mampu untuk dibeli. Dengan cara ini ia memudahkan pencarian rumah baru dan maklumat kewangan yang mencukupi. Salah satu cara yang sering saya cadangkan pada pembeli adalah dengan membawa dokumen-dokumen seperti slip pendapatan, penyata bank, panyata Kwsp dan mana-mana dokumen tambahan untuk memudahkan pra-kelayakkan ini.
3. Tanya pegawai hartanah tentang harga dan pasaran rumah anda. Buat analisis pasaran dan bandingkan rumah-rumah lain yang hampir serupa didalam kejiranan itu sebelum membuat apa-apa tawaran. Ini juga dapat memudahkan anda memahami pasaran dikawasan pilihan. Buat kajian sedikit demi memastikan yang anda membuat pelaburan yang bijak.
4.Jika anda membeli rumah yang telah siap, minta tuan rumah untuk membaiki segala kerosakkan dahulu. Ini akan menjimatkan anda beberapa ribu ringgi yang berkemungkinan akan memeningkan kepala. Selain itu “inspection” yang baik membolehkan anda bersedia dan meminta diskaun tambahan kepada penjual. tetapi jangan terlalu taksub untuk meminta diskaun. Hartanah adalah satu bentuk wang fizikal, nilainya amat abstrak dan mungkin sebenarnya harga yang ditawarkan jauh lebih renda dari hartanah yang lain.
5. Ambil kira kemampuan dan teliti dahulu status kewangan. Jika anda mempunyai sebuah rumah yang lain dan merasakan rumah itu patut dijual, carilah agensi hartanah untuk membantu anda. Agensi hartanah adalah satu sumber dan kaedah terbaik untuk anda menjual dengan cepat. Kebiasaanya hanya memakan masa 2 hingga 3 minggu. Walau pun sesukar mana hartanah anda agensi hartanah pasti akan dapat menjualnya tidak lebih dari 3 bulan. Jika lebih dari 3 bulan anda boleh memecat mereka!

Pengalaman Membuat Pengeluaran KWSP (Akaun 2) untuk Pembelian Rumah
10:43 AM
Tips
Setelah dapat consent daripada DBKL, kami beberapa kali membuat permohonan untuk mengeluarkan wang KWSP daripada akaun 2. Proses ni pun daripada mudah jadi sukar disebabkan masalah tertentu. Sebelum tu saya senaraikan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan pengeluaran KWSP (perlu ada yang asal dan salinan yang disahkan oleh pegawai tertentu ataupun lawyer S n P kita pun boleh):
1. Salinan kad pengenalan pemohon
2. Salinan muka depan buku bank akaun simpanan @ surat pengesahan nombor akaun bank yang hendak dikreditkan terus oleh KWSP, kalau takder buku bank (surat ni boleh minta di mana-mana cawangan bank akaun simpanan kita)
2. Sale and Purchase Agreement
3. Jika rumah belum dapat 'title' , perlu ada surat daripada developer (selalunya surat ni lawyer S n P akan minta daripada developer untuk urusan buat S n P, jadi kalau takder, boleh minta pada lawyer S n P)
4. Kalau rumah dah dapat 'title', perlu 'consent' daripada DBKL (surat kebenaran pindah milik / mencagar tanah)
5. Offer letter daripada bank yang kita buat housing loan
6. Surat Permohonan Pengeluaran KWSP ( form ni sye pernah guna yang download drpd web KWSP, tapi tak valid , diorang akan suruh isi yang baru kat sane, maknanya, better dapatkan awal dari pejabat KWSP yang terdekat - masa sye mohon ni Mac 2012, akan datang mungkin diorang dah update)
Dokumen yang disebutkan di atas ialah untuk Pembelian Rumah Daripada Individu, kalau nak tahu dokumen yang diperlukan kalau beli daripada pemaju or ahli keluarga or lain, lain, boleh cek di sini.
Masalah yang sye hadapi ialah :
1. Alamat property yang hendak dibeli pada offer letter housing loan dengan alamat property pada S n P tak sama. Bukan 100% tak sama, tapi tak sama pada nama jalan, nama bandar. So yang ni pun kena make sure sama dan tepat.
- So apa yang kami perlu buat ialah, minta bank tersebut keluarkan surat mengesahkan bahawa alamat yang tertulis di dalam offer letter bank tu adalah sama dengan alamat pada S n P. kedua-dua alamat menunjukkan property yang sama. Surat ni ambil masa 3 ke 4 hari. So surat ini disertakan sekali dengan offer letter housing loan.
2. Surat 'consent' yang dikeluarkan oleh DBKL ada 2 page, tapi yang bawa page depan je, so dia nak 2 page tu jugak. Sedangkan page kedua ialah signature2 je. tapi dah dia nak perlu le sediakan jugak.
So, bila dah lengkap form and dokumen, boleh la pergi ke pejabat KWSP yang terdekat. Sampai kat sane:
1. Perlu pergi ke bahagian Semakan Borang Permohonan & Dokumen dulu, baru ambil nombor. Kalau terus je beratur panjang nak ambil nombor dulu, sampai giliran kita dia akan suruk cek borang n dokumen dulu, then kena beratur lagi sekali, so elakkan lah.
2. Dah ambil nombor, boleh lah tunggu giliran untuk dipanggil.oleh pegawai bertugas.
3. Sampai giliran, dia akan semak dengan detail semua dokumen kita, kalau ada yang musykil, dia akan rujuk pada pegawai atasan, kalau tak puas hati jugak, permohonan kita tak lengkap then kena betulkan semula.
4. Lepas dia dah puas hati n dokumen kita lengkap, kita akan diberi surat kenyataan bahawa permohonan kita diterima dan sedang diproses.
5. Status permohonan kita boleh semak dari masa ke semasa melalui i-akaun KWSP kita. Mudah kan. kalau dah released duit tu, jumlah akaun 2 kita pada penyata akan berkurangan..isk...isk...tunggulah beberapa tahun lagi untuk penuhkan balik.
Jumlah yang boleh dikeluarkan ialah mengikut syarat-syarat berikut:
PEMBELIAN RUMAH MILIK INDIVIDU
|
PEMBELIAN BERSAMA SUAMI / ISTERI ATAU AHLI KELUARGA TERDEKAT ATAU INDIVIDU LAIN
|
Amaun perbezaan di antara harga rumah dengan jumlah pinjaman dan tambahan 10% daripada harga rumah
ATAU
Semua simpanan dalam Akaun 2
(Mengikut mana yang lebih rendah tidak kurang RM500.00)
|
Amaun perbezaan di antara harga rumah dengan jumlah pinjaman perumahan dan tambahan 10% daripada harga rumah
ATAU
Semua simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada amaun maksimum yang layak dikeluarkan
(Mengikut mana yang lebih rendah tidak kurang RM500.00)
|
PINJAMAN PERUMAHAN 100%
|
PEMBELIAN TANPA PINJAMAN / SECARA TUNAI
|
10% daripada harga rumah
ATAU
Semua simpanan dalam Akaun 2
(Mengikut mana yang lebih rendah tidak kurang RM500.00)
|
Harga rumah dengan tambahan 10% daripada harga rumah
ATAU
Semua simpanan dalam Akaun 2
(Mengikut mana yang lebih rendah tidak kurang RM500.00)
|
Untuk maklumat lanjut, atau kemusykilan kalau guna Skim Rumah Pertama ker, boleh call terus ke bahagian khidmat pelanggan KWSP : Tel: 03-8922 6000.
Ehsan dari http://norfazlinajaffar.blogspot.com/2012/04/tips-panduan-membeli-rumah-pengeluaran.html
Wednesday, July 18, 2012
STRATEGI MENILAI HARGA RUMAH..
4:37 PM
Tips
Apabila kita sebagai tuan rumah mengambil keputusan untuk menjual
hartanah pasti kita sendiri berasa bingung bagaimana dan apakah caranya
saya boleh menjual rumah ini? dan tertanya-tanya “apakah harga rumah
saya? betul ke harga yang saya jual ini?” Saya pasti… setiap tuan rumah
mesti akan berfikiran sebegitu.
Jadi hari ini saya ingin berkongsi
sedikit info menarik bagaimana kita boleh melakukan penilaian hartanah
sendiri, sekurang-kurangnya kita tahu nilai hartanah kita.
Pada hemat saya, cara terbaik untuk anda
menilai hartanah adalah dengan melakukan “perbandingan”. Bandingan
bagaimanakah yang dimaksudkan? Perbandingan yang dimaksudkan adalah
perbandingan data sejarah hartanah dikawasan anda.
Perbandingan data hartanah boleh dibuat
dengan mengakses segala sumber data hartanah seperti akhbar, majalah,
papan tanda dan internet. Akhbar-akhbar yang boleh digunakan dan banyak
data-data hartanah adalah ruang “classified” TheStar. Ada beberapa
majalah yang saya selalu gunakan seperti iproperty dan homefinder. Untuk
internet anda boleh gunakan iproperty.com, propertylink.com.my, estate123.com, dan thinkproperty.com.my.
Data-data ini dikumpulkan dan digunakan untuk perbandingan,
sebaik-baiknya hartanah itu mesti didalam keluasan yang sama. Tetapi
masalahnya tidak semua hartanah yang dijual berada didalam keluasan
yang sama oleh itu anda perlu menilai harga semasa tanah mengikut ukuran
sekaki persegi (kps).
Ianya satu cara yang hampir-hampir tepat
dan terbaik, Sekurang-kurangnya cari lah tiga (3) hingga lima (5) jenis
hartanah didalam lingkungan kawasan dan saiz yang lebih kurang sama.
Dibawah saya berikan simulasi perbandingan sebagai contoh;
Langkah 1. Cari perbandingan mengikut ukuran kaki persegi (KPS)
Rumah 1: 960 kps
Rumah 2: 2,250 kps
Rumah 3: 1,550 kps
Rumah 2: 2,250 kps
Rumah 3: 1,550 kps
Jumlah : 4,760 kps
4,760 / 3 = 1,587 Kaki persegi
1,587 adalah purata perbandingan anda mengikut ukuran kaki persegi (sqft)
Langkah 2: Cari perbandingan harga di dalam kawasan sekitar
Rumah 1: RM289,000
Rumah 2: RM390,000
Rumah 3: RM325,000
Rumah 2: RM390,000
Rumah 3: RM325,000
Jumlah: RM1,004,000
RM1,004,000 / 3 = RM334,667
RM334,667.00 adalah harga purata perbandingan didalam kawasan sekitar.
Langkah 3: Bahagikan purata harga dengan purata ukuran kaki persegi (sqft):
RM334,667.00 / 1,587 kp (sqft) = RM211.00 / sekaki persegi (sqft)
RM211.00 adalah purata harga rumah anda didalam ukuran sekaki persegi (sqft)
Langkah 4: Rangka harga rumah anda:
Ambil RM211.00 dan darabkan nilai tersebut
kepada saiz rumah anda untuk mendapatkan harga jualan rumah.
Sebagai
contoh, jika rumah anda berkeluasan 1,587 sekaki persegi, darabkannya
dengan RM211.00
(cth: 1,587kps x RM211 = RM334,857).
Nah! lihat, inilah harga cadangan rumah anda RM334,857!
Dapatkan penilaian profesional
Jika anda ingin mendapatkan kepastian dengan pandangan pihak yang lebih arif sila hubungi mana-mana penilai hartanah dan agensi hartanah yang berdekatan untuk membantu anda didalam penilaian.
Semoga kita dapat memperolehi manfaat dari artikel ringkas ini.
Reasons why property in Malaysia is a good investment..
2:51 PM
Tips
Reasons why :
- Government legislation is actively encouraging foreign property investment through a number of tax incentives and the relaxation of laws governing real estate purchase by foreigners.
- Through its Ninth Plan, the government of Malaysia aims to improve the infrastructure and general economic development of the country. Analysts believe this will have a positive impact on the Malaysian real estate market.
- Malaysia boasts a stable economy and government. It already has a world-class infrastructure, industry and support, along with a modern and cosmopolitan lifestyle.
- English is widely spoken by a multi-lingual, experienced and qualified workforce.
- The value of the local currency, the ringgit, is far below the euro, dollar and pound sterling, allowing foreign investors to buy a lot more for their money in Malaysia.
- Property prices per square metre in all major Malaysian towns and cities are a fraction of the cost of similar investments in London and New York.
- There is high demand for quality new real estate is high from an affluent expatriate market.
- Malaysia is also among the top three countries for the greatest number of tourist arrivals among the 53 Commonwealth countries, according to the World Tourism Organisation.
- Tourist arrivals in Malaysia rose by more than 160% between 2000 and 2005 - an astonishing achievement for tourism.
- Malaysia is located near the Equator, hence its year-round tropical climate, ideal for tourism.
- Malaysia does not suffer from any natural disasters such as earthquakes, volcanoes or tornados.
- Extensive white sandy beaches continue to draw holidaymakers. Port Dickson resorts which have long been a favourite amongst visitors from Kuala Lumpur and other neighbouring towns who seek an escape from hectic life.
- Buying costs are very low in Malaysia at between 3.4 to 6.75% of the property value, including 2.75% agent’s commission (for first MYR 500,000).
Info & Maps for Klang Valley Mass Rapid Transit (MRT)
12:18 PM
Tips
The KVMRT Stations
- Sungai Buloh
- Kg Baru Sg Buloh
- Kota Damansara
- Taman Industri Sg buloh
- PJU 5
- Dataran Sunway
- The Curve
- One Utama
- TTDI
- Section 16
- Pusat Bandar Damansara
- Semantan
- KL Sentral
- Pasar Seni
- Warisan Merdeka
- Bukit Bintang Central
- Pasar Rakyat
- Cochrane
- Maluri
- Taman Bukit Ria
- Taman Bukit Mewah
- Leisure Mall
- Plaza Phoenix
- Taman Suntex
- Taman Cuepacs
- Bandar Tun Hussein Onn
- Balakong
- Taman Koperasi
- Saujana Impian
- Bandar Kajang
- Kajang
Klang Valley Mass Rapid Transit (MRT)
The KVMRT Project is a government of Malaysia project under the greater Kuala Lumpur – Klang Valley National Key Economic Area to improve the public transport system. The much-awaited Klang Valley Mass Rapid Transit (MRT) project is set to be launched today by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.
The MRT Sungai Buloh – Kajang Line is a Mass Rapid Transit line running from Sungai Buloh and cutting through the Kuala Lumpur City Center, before ending at Kajang.
- The Sungai Buloh-Kajang Line will cover a distance of 51 kilometers (of which 9.5km is underground).
- There will be 31 stations planned along the route, to serve a total population of 1.2 million currently inadequately served by rail-based networks. There will be three provisional stations (not built for now, but planned) for future development.
- The MRT Sungai Buloh – Kajang Line is part of the Klang Valley Mass Rapid Transit project to provide an integrated and sustainable transport system for the Klang Valley. It was announced by the Government of Malaysia in December 2010 under the Greater Kuala Lumpur / Klang Valley National Key Economic Area as detailed in the Economic Transformation Programme.
- The objective of the project is to increase the number of people using public transport, alleviate traffic congestion and decrease travel time from one destination to another. For example a trip from Kota Damansara to Bukit Bintang which normally takes 45 minutes by car will only take 30 minutes via the MRT. The total time for traveling the entire stretch from Sungai Buloh to Kajang will be approximately 88minutes.
- Travelling by MRT will also be considerably cheaper than owning and driving a car in the Klang Valley. Other benefits of the line would include increased productivity from time saved travelling and an increase in property values along the line.
- Preliminary work on the MRT Sungai Buloh – Kajang line begins with land clearing work at three sites; Sungai Buloh, Semantan and Cochrane. Actual civil works will only commence from November 2011. The project is expected to be completed in 2016. Financing for the project will come entirely from government funds.
- The line, including all 31 stations, will be owned by the Malaysian Government through Syarikat Prasarana Negara Berhad, the Project Owner, which is 100% owned by the Ministry of Finance Incorporated. Prasarana has appointed RapidKL to operate the MRT network.
- Final Alignment of the Klang Valley MRT Sungai Buloh – Kajang Line and the and locations of the 31 stations
Tuesday, July 17, 2012
Rumah 101 – Ciri-Ciri Pemilihan Hartanah
9:08 AM
Tips
“Mahal la rumah kat PJ..baik ko cari rumah dekat area2 Nilai jer..situ murah2 lagi”
“Aku cadangkan baik ko beli rumah teres yang ada tanah… Kalo ko beli kondo, nanti bulan2 kene bayar maintenance fee..Bukan skali bayar..Setiap bulan kot…”
“Design rumah ni lawa la… Aku suka, tapi lokasi pulak kurang menarik..”
Itulah persoalan yang acap kali timbul dalam minda kita sewaktu memilih hartanah untuk dibeli. Setiap rumah atau hartanah mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Sebagai contoh; kemungkinan besar rumah A memenuhi spesifikasi yang kita mahukan tetapi malangnya, harga rumah itu terlalu mahal dan di luar kemampuan kita. Jika dibandingkan pula apartment B yang lebih murah dan mempunyai lokasi bagus, apartment B tidak memenuhi ciri-ciri rumah idaman kerana kita tidak berminat dengan rumah bertingkat atau “non-landed property”.
Sesungguhnya, pilihan untuk membeli rumah terletak pada citarasa individu itu sendiri. Tetapi, tahukah anda ciri-ciri yang perlu dititikberatkan dalam setiap ‘survey’ yang telah dijalankan? ikuti artikel ini;
1. Harga
Tidak dapat dinafikan, harga menjadi faktor utama seseorang membeli hartanah. Hal ini kerana harga rumah akan menentukan :
Percaya atau tidak, rekod kerja (track record) pemaju dalam pembinaan projek-projek hartanah menjadi kayu ukur nilai hartanah itu tinggi atau tidak pada masa hadapan. Nama-nama seperti UM Land, I&P, SP Setia dan IJM memang diakui mempunyai ‘class’ tersendiri dalam mana-mana projek perumahan. Kebiasaannya hartanah-hartanah daripada pemaju kelas A sedikit tinggi berbanding yang lain, namun mutu dan kualiti projeknya amatlah memuaskan.
Hal ini tidak bermakna pemaju-pemaju yang kurang ‘terkenal’ ini tidak mampu membina rumah-rumah yang bagus. Masih lagi bagus! Cuma rekod-rekod lepas mampu memberi sekelumit keyakinan tentang pelaburan hartanah kita.
3. Lokasi
Lokasi yang berdekatan dengan kemudahan awam seperti sekolah, pasaraya, hospital dan klinik kesihatan, balai polis, bank, bengkel kereta, stesen LRT, lapangan terbang, stesen bas, kedai-kedai makanan dan sebagainya menjadi faktor pilihan pada ramai pencari hartanah? Ditambah lagi jika terselit nama-nama seperti Petaling Jaya, KLCC,Mutiara Damansara, dan Shah Alam menjadikan alamat rumah atau pejabat itu lebih menarik. Tetapi perlu beringat, lokasi yang bagus bakal menjadikan kos milikan sedikit tinggi malah mungkin harga hartanah itu di luar kemampuan kita.
4. Pegangan rumah (freehold vs leasehold)
Biasanya, rumah ‘freehold’ lagi mahal dari rumah leasehold. Selain itu, rumah ‘leasehold’ amat sukar untuk dijual apabila jangka masa pajakan semakin berkurangan. Tetapi, disebabkan rumah ‘leasehold’ yang kebiasaanya murah, rumah ‘leasehold’ sesuai untuk pelaburan sewaan malah mampu menyumbang pendapatan pasif (passive income) kepada pemilik. Ia merupakan salah satu jenis pegangan hartanah yang menguntungkan.
5. Jenis rumah
Apartment? Kondominium? Bungalow? Semi-D? Teres? Satu tingkat? Dua tingkat? TIGA tingkat???
Faktor pemilihan hartanah banyak ditentukan oleh citarasa pembeli. Ada juga sesetengah pembeli membeli rumah untuk tujuan persaraan, rumah yang besar dan luas akan dipilih mengikut kemampuan dan jumlah bilik dan bilangan ahli keluarga menjadi panduan semasa membuat penilaian.
Bagi ‘landed property’, saiz kawasan yang luas biasanya memberi nilai tambahan kepada bakal pembeli. Contohnya, saiz 26 x 72 menjadi keutamaan jika dibandingkan dengan 20 x 68. Tetapi sekali lagi perlu diingatkan faktor ini bergantung kepada kemampuan kita.
6. Lain-lain
Aspek keselamatan perlu dilihat sebelum rumah tersebut dibeli. Sebagai contoh. Jika rumah kondominium itu dilengkapi dengan kawalan keselamatan 24 jam dan rekod jenayah di kawasan tersebut amat rendah, peluang untuk nilai kondominium itu meningkat amatlah tinggi dan kemungkinan besar, kawasan itu sangat kondusif untuk diduduki.
Potensi pembangunan kawasan sekitar juga boleh meningkatkan nilai hartanah terbabit. Contohnya, banyak pembangunan hartanah di Selangor telah bertumpu pada daerah Bangi. Secara tidak langsung, kawasan seperti Kajang dan Nilai telah menerima impak positif secara tidak langsung melalui projek-projek ini.
Walaubagaimanapun, kriteria-kriteria pemilihan rumah amatlah subjektif dan bergantung kepada prioriti setiap individu.
Selamat mencuba!

- Jumlah pendahuluan (downpayment) yang perlu dibayar (kebiasaanya 10-20%).
- Jumlah ansuran bulanan (monthly installment) yang perlu dibayar dan jumlah ini akan menjadi komitmen pembeli untuk tempoh waktu yang panjang.
- Kemampuan untuk membeli rumah yang mahal bergantung kepada tahap kewangan anda dan begitulah sebaliknya. Sebaik-baiknya, bakal pembeli perlulah membuat ‘homework’ sendiri terlebih dahulu tentang pakej pinjaman yang ditawarkan oleh bank-bank kerana setiap bank mempunyai pakej pinjaman yang berlainan.
Percaya atau tidak, rekod kerja (track record) pemaju dalam pembinaan projek-projek hartanah menjadi kayu ukur nilai hartanah itu tinggi atau tidak pada masa hadapan. Nama-nama seperti UM Land, I&P, SP Setia dan IJM memang diakui mempunyai ‘class’ tersendiri dalam mana-mana projek perumahan. Kebiasaannya hartanah-hartanah daripada pemaju kelas A sedikit tinggi berbanding yang lain, namun mutu dan kualiti projeknya amatlah memuaskan.
Hal ini tidak bermakna pemaju-pemaju yang kurang ‘terkenal’ ini tidak mampu membina rumah-rumah yang bagus. Masih lagi bagus! Cuma rekod-rekod lepas mampu memberi sekelumit keyakinan tentang pelaburan hartanah kita.
3. Lokasi
Lokasi yang berdekatan dengan kemudahan awam seperti sekolah, pasaraya, hospital dan klinik kesihatan, balai polis, bank, bengkel kereta, stesen LRT, lapangan terbang, stesen bas, kedai-kedai makanan dan sebagainya menjadi faktor pilihan pada ramai pencari hartanah? Ditambah lagi jika terselit nama-nama seperti Petaling Jaya, KLCC,Mutiara Damansara, dan Shah Alam menjadikan alamat rumah atau pejabat itu lebih menarik. Tetapi perlu beringat, lokasi yang bagus bakal menjadikan kos milikan sedikit tinggi malah mungkin harga hartanah itu di luar kemampuan kita.
4. Pegangan rumah (freehold vs leasehold)
Biasanya, rumah ‘freehold’ lagi mahal dari rumah leasehold. Selain itu, rumah ‘leasehold’ amat sukar untuk dijual apabila jangka masa pajakan semakin berkurangan. Tetapi, disebabkan rumah ‘leasehold’ yang kebiasaanya murah, rumah ‘leasehold’ sesuai untuk pelaburan sewaan malah mampu menyumbang pendapatan pasif (passive income) kepada pemilik. Ia merupakan salah satu jenis pegangan hartanah yang menguntungkan.
5. Jenis rumah
Apartment? Kondominium? Bungalow? Semi-D? Teres? Satu tingkat? Dua tingkat? TIGA tingkat???
Faktor pemilihan hartanah banyak ditentukan oleh citarasa pembeli. Ada juga sesetengah pembeli membeli rumah untuk tujuan persaraan, rumah yang besar dan luas akan dipilih mengikut kemampuan dan jumlah bilik dan bilangan ahli keluarga menjadi panduan semasa membuat penilaian.
Bagi ‘landed property’, saiz kawasan yang luas biasanya memberi nilai tambahan kepada bakal pembeli. Contohnya, saiz 26 x 72 menjadi keutamaan jika dibandingkan dengan 20 x 68. Tetapi sekali lagi perlu diingatkan faktor ini bergantung kepada kemampuan kita.
6. Lain-lain
Aspek keselamatan perlu dilihat sebelum rumah tersebut dibeli. Sebagai contoh. Jika rumah kondominium itu dilengkapi dengan kawalan keselamatan 24 jam dan rekod jenayah di kawasan tersebut amat rendah, peluang untuk nilai kondominium itu meningkat amatlah tinggi dan kemungkinan besar, kawasan itu sangat kondusif untuk diduduki.
Potensi pembangunan kawasan sekitar juga boleh meningkatkan nilai hartanah terbabit. Contohnya, banyak pembangunan hartanah di Selangor telah bertumpu pada daerah Bangi. Secara tidak langsung, kawasan seperti Kajang dan Nilai telah menerima impak positif secara tidak langsung melalui projek-projek ini.
Walaubagaimanapun, kriteria-kriteria pemilihan rumah amatlah subjektif dan bergantung kepada prioriti setiap individu.
Selamat mencuba!
Monday, July 16, 2012
Apakah tip ubahsuai yang meningkatkan nilai hartanah?
8:05 PM
Tips
Anda mencari idea untuk meningkatkan
nilai hartanah? Tercari-cari apakah pengubahsuaian yang terbaik untuk
memaksimakan nilai harta? Takut melakukan kesilapan dengan melabur pada
pengubahsuaian yang sia-sia? …
Jawapannya ada disini!
Baik, secara asasnya pengubahsuaian
harta kediaman adalah yang terbaik untuk pelaburan jenis ini, manakala
pengubahsuaian harta komersial mungkin akan membantu sedikit atau tidak
bergantung pada bakal pembeli nanti. Umumnya kita tahu bahawa setiap
penyewa atau bakal pembeli komersial mempunyai bisnes tersendiri dan
mempunyai model dan konsep perniagaan yang berbeza-beza. Jadi adalah
satu kesalahan dan tidak praktikal jika anda melabur berpuluh-puluh ribu
untuk hartanah komersial anda. Jadi pendek kata, hartanah komersial
tidak boleh diubahsuai untuk meningkatkan nilainya.
Nasihat saya… jika
anda ingin menjual hartanah komersial jual sahaja pada keaadaan semasa,
kerana nilai hartanahnya tidak bergantung pada bentuk fizikal hartanah
itu.
Lain pula pada mereka yang ingin
mempertingkatkan nilai hartanah kediaman, terutamanya hartanah jenis
kediaman bertanah. Ikuti 10 siri pengubahsuaian ini untuk memaksimakan
nilai harta anda.
1. Cat: Dengan kemasan lapisan cat baru
yang ideal berwarna neutral, boleh melakukan kejutan demi memeriahkan
ruang. fikirkan bagaimana warna dinding berasimilasi dengan warna-warna
perabot anda. Atau jika anda merancang untuk membawa unsur-unsur
inggeris… cuba fikirkan penggunaan salah satu warna berkonsep, atau
lukisan dalam keluarga yang sama warna neutralnya dengan keadaan ruang
kediaman.
2. Lantai: Penyediaaan lantai kayu yang
keras sangat popular sejak akhir-akhir ini. Berkemungkinan besar tren
ini akan bertahan lama dan ia amat-amat sesuai jika dihamparkan pada
ruang makan, ruang keluarga dan bilik tidur. Selain dari lantai kayu
mungkin juga anda boleh menjadikan laminasi satu alternatif yang lebih
murah untuk meningkatkan nilai hartanah anda. Terdapat banyak produk
lantai berlaminasi di pasaran dan pastikan corak laminasi itu membawa
satu makna dan tema seragam untuk konsep hiasan anda.
3. Pencahayaan: Tukar sahaja jika anda
tergerak hati untuk menukar peralatan elektrik lama pada yang baru –
bahkan mungkin anda boleh mempertimbangkan lampu “chandeliers” moden
untuk membawa inspirasi mewah dan elegan, yang penting ianya membawa
suasana makan malam menjadi selesa pada anda dan tetamu yang datang.
4. Pintu Masuk: Cipta ruang cerah,
bersih dan rapi untuk jalan masuk terutamanya pintu masuk rumah anda.
Buangkan barang-barang yang tidak digunakan dan gantung lampu yang
cantik-cantik. Di ruang serambi mungkin anda boleh mempertimbangkan
penggunaan bangku panjang, atau meja demi-lune.
5. Perbaharui perkakasan: Jika anda
tidak bersemangat untuk mengubahsuai, cukup hanya mengambil salah satu
ruang di bilik mandi sebagai contoh dan gantikan alatan lama pada
alatan-alatan baru sudah memadai. Stainless steel adalah pilihan yang
sangat popular, dan mudah disuaikan dengan banyak gaya dan warna Almari.
6. Mengawal tarikan : Jangan
meninggalkan aspek penting ini pada hartanah anda tanpa dijaga. Ini
adalah satu kaedah seni menarik perhatian bakal pembeli ke rumah anda.
Caranya dengan memiliki halaman rumput hijau yang bersih dan telah
dipotong dengan rapi. Taman anda harus bebas daripada “haiwan mati” atau
sisa-sisa makanan dan sesuatu yang ideal pada rumah itu adalah dengan
memiliki beberapa tumbuhan yang ditanam dengan warna yang pelbagai dan
sedap mata memandang.
7. Waktu Peribadi: Ini bererti waktu
privasi. Pemasangan pagar yang cantik bakal memberikan satu suasana
persendirian yang pasti dapat meningkatkan nilai hartnah anda. Dinding
batu rendah yang berukiran seni juga adalah cara yang baik bagi
menghasilkan garis pemisah yang unik diantara rumah pembeli dengan
jiran-jiran.
8. Bilik Mandi utama: Walaupun
kebanyakkan rumah lama mempunyai 2 bilik mandi di tingkat dua, Jangan
lupa bilik air dibawah juga penting. Kerana pengubahsuaian pada bilik
mandi dibawah bakal menunjukkan yang anda benar-benar menjagai hartanah
ini sebaiknya, lagi pun ia juga mempamirkan tanggapan pertama yang elok
pada diri anda. Tidak perlu menukar segala-galanya mungkin boleh
mengambil salah satu atau kombinasi satu atau dua diantara lantai bilik,
atau sinki dengan meja-top atau almari ke bilik mandi.
9. Suite Hotel: Semakin banyak yang anda
lakukan makin menjadi-jadi keghairahan pembeli. Bina bilik mandi dari
bilik tidur utama dengan sentuhan suasana istimewa seperti spa yang
menyediakan perkhidmatan bertaraf lima bintang dan ia pasti mampu
menarik pembeli. Fikirkan tab jet, jubin lantai panas, batu granit,
marbel, tuala putih mewah dan satu almari simpanan yang besar. Kenapa
besar? lagi besar lagi besarlah kesannya pada pembeli nanti.
10. Dapur baru: Terakhir tetapi amat
penting adalah pengubahsuaian dapur. Kelengakapan yang paling disukai
kebiasaanya adalah kaunter top batu, alat-alatan stainless steel,
barang ceramik, dan semua bentuk nada neutral ke warna bumi amat sesuai
untuk diperhiaskan disini.
Didalam pengubahsuaian, anda perlu
bersikap positif, dan tidak terlalu mengikut perasaan ingin mencari
keuntungan. Hanya memikirkan keuntungan berlipat kali ganda adalah satu
kesilapan didalam pengubahsuaian. Yang paling ideal anda membina
hartanah ini dengan matlamat untuk keselesaan mereka yang membeli. Bukan
untuk mengaut keuntungan semata-mata.
Artikel ini ditulis sebagai satu rujukan
dan cadangan untuk penjual hartanah. Kerana kebiasaan hartanah yang
dijual adalah rumah tinggal. Kenapa saya kata rumah tinggal? kerana
kebanyakkan rumah-rumah yang ingin dijual tidak dibaik pulih. Sebab itu
lah sesetengah hartanah yang terletak dilokasi terbaik tetapi tidak
dapat dijual dengan harga semasa.
Kerana apa? kerana mereka menjual
hartanah yang mereka sudah tidak perlu dan boleh dikatakan “rumah
tinggal”. Sebaik-baiknya jika anda ingin menjual rumah atau mana-mana
hartanah jual lah semasa anda menyukainya. Bukan hanya semasa membeli
rumah anda inginkan kualiti dari pemaju, semasa anda memiliki dan ingin
menjualnya juga adalah satu tanggungjawab kepada bakal pembeli.
Semoga berjaya pelabur semua…
Memilih Pelaburan Hartanah Terbaik
6:28 PM
Tips
Melabur dalam perniagaan hartanah boleh menjadi satu perniagaan yang
rumit dalam keadaan ekenomi sekarang. Bagaimanapun ada indikator dan
perkara-perkara yang anda boleh lakukan untuk memastikan anda membuat
keputusan terbaik. Di bawah adalah beberapa tips pelaburan hartanah
yang boleh membantu anda.
Seperti yang selalu diperkatakan, lokasi, lokasi, lokasi… adalah faktor TERPENTING bila melabur dalam hartanah.
Seperti yang selalu diperkatakan, lokasi, lokasi, lokasi… adalah faktor TERPENTING bila melabur dalam hartanah.
- Beli di kawasan atau negara yang paling berpotensi memberi pulangan terbaik.
- Cari inisiatif peningkatan di kawasan tempatan.
- Perhatikan perniagaan besar yang sedang memasuki kawasaan.
- Jika membeli untuk disewakan, pertimbangkan kos untuk menjual kembali hartanah itu dan potensi pulangan kepada pelaburan anda.
- Pastikan hartanah yang dibeli mudah disenggarakan dan tidak mempunyai kerosakan besar.
- Beli di kawasan selamat, perhatikan kadar jenayah tempatan.
- Jika mahu membeli rumah untuk keluarga pastikan ada sekolah yang baik di kawasan berdekatan.
Friday, July 13, 2012
Realiti yang perlu difikirkan sebelum membeli rumah....
6:00 PM
Tips
Ramai yang berminat untuk mengetahui cara cara untuk membeli rumah yang sepatutnya.
Benda ini mudah tetapi tidak diketahui ramai.
Yang paling penting sekali ….
Sebelum cari rumah mana yang kita kehendaki ialah….
1. Ukur Baju di Badan Sendiri.- sebelum kita sendiri mencari rumah idaman, kita akan membeli rumah tersebut dengan Pembiayaan Bank. Betul tak ?
Tidak ramai orang di luar sana yang mampu untuk membeli rumah idaman secara TUNAI (beli cash!)
Jadi bagaimana nak tahu berapa besar saiz baju kita ?
2. Berdasarkan kemampuan kita, barulah kita boleh cari rumah yang harganya dalam kemampuan kita.
3. Pilih mana mana rumah yang kita berminat ..Kawasan tertentu seperti dekat dengan tempat kerja, dekat dengan mak bapak, dekat dengan surau, dekat dengan masjid, dekat dengan TESCO, dekat dengan CARREFOUR, dekat dengan GIANT, dekat dengan sekolah etc.
Jangan mengambil mudah dalam membeli rumah. Dapatkan panduan membeli rumah dengan lengkap atau sekurang kurangnya ada ilmu.Nanti bila kena tipu, jangan salahkan orang lain.Salahkan diri sendiri dulu.Bagaimana anda ingin mengkomitkan diri anda dengan bank selama 30 tahun ?
Fikir-fikirkan....

- Pergi mana mana branch Bank yang kita rasa selesa untuk berurusan. Setiap branch berbeza2 Ratio yg dibenarkan..
- Bagitau dia yang kita nak check ‘Availability’ kita untuk buat pembiayaan Perumahan.
- Pegawai bank tersebut akan mula tanya soalan soalan yang berkaitan.
- Kita akan bagi dia semua info yang berkaitan supaya beliau dapat memasukkan info tersebut dalam pengiraan
- Kemampuan kita untuk membuat pembiayaan (Islamik) atau pinjaman (Konvesional) akan dikira secara kasar.
- Ini berdasarkan Debt Service Ratio (DSR) yang ditentukan oleh bank itu. Lain bank lain DSR Ratio yang dibenarkan. Kena rajin bertanya.
2. Berdasarkan kemampuan kita, barulah kita boleh cari rumah yang harganya dalam kemampuan kita.
- Harga rumah tersebut.
- Berbalik kepada kemampuan kita untuk membuat pembiayaan perumahan atau pinjaman perumahan.