...

Mortgage Calculator

Friday, January 18, 2013

Tips sebelum membuat cash out refinance rumah

Setelah bertahun-tahun membayar ansuran pinjaman perumahan, maka baki hutang anda semakin berkurang. Sekiranya nilai rumah anda (harga pasaran terkini) melebihi baki hutang maka anda dikatakan mempunyai ekuiti iaitu perbezaan nilai harga rumah dengan baki hutang anda. Ekuiti anda akan bertambah lebih tinggi lagi sekiranya harga pasaran rumah anda naik. Walaubagaimanapun, ramai pemilik rumah tidak tahu cara untuk menggunakan ekuiti tersebut.

Sebenarnya ekuiti rumah anda boleh digunakan untuk pelbagai tujuan.  Cara untuk menggunakan asset anda adalah dengan cash out refinance di mana anda mendapat pinjaman baru dan menggunakan rumah anda sebagai cagaran. Kadar faedahnya sama seperti lebih rendah berbanding dengan pinjaman peribadi. 

Duit daripada cash out refinancing boleh digunakan untuk pelbagai tujuan:

  1. menjelaskan hutang-hutang anda yang berfaedah tinggi seperti kad kredit
  2. mengubahsuai rumah dan sekaligus menaikkan lagi nilai rumah anda
  3. membiayai kos pendidikan anak-anak
  4. membayar bil perubatan dan rawatan hospital
Berikut adalah beberapa tip yang penting semasa mendapat pinjaman perumahan ekuiti: 

Berjumpa dengan Beberapa Pegawai Bank

Setiap bank mempunyai kadar faedah dan syarat-syarat yang berlainan. Jadi dengan mengambil masa untuk membuat kajian dan perbandingan, anda mungkin dapat berjimat faedah berpuluh-puluh ribu ringgit. Tempat yang paling mudah untuk mendapat maklumat adalah melalui internet di mana anda boleh mendapat maklumat dengan cepat daripada beberapa peminjam. Pengetahuan daripada kajian anda boleh dijadikan panduan apabila anda berjumpa dan berunding dengan pegawai bank. Ataupun, satu cara lain adalah mendapat bantuan daripada penasihat pinjaman  perumahan yang mewakili banyak bank.

Membuat Pilihan yang Bijak

Sebelum anda meminjam dengan menggunakan ekuiti rumah, anda perlu tahu tentang risiko pinjaman tersebut. Ini kerana sekiranya anda tidak dapat membayar balik hutang anda, bank akan melelong rumah anda untuk mendapat balik hutang mereka! Jadi sebelum membuat keputusan, anda perlu yakin dapat membuat pembayaran ansuran bulanan yang ditetapkan.  Peminjam tidak digalakkan untuk meminjam atas ekuiti rumah untuk tujuan seperti pelancongan dan pembelian asset yang tidak diperlukan seperti kereta mewah dan sebagainya. Menggunakan dana tersebut untuk tujuan perniagaan pun ada risikonya. Sekiranya anda gagal dalam perniagaan, rumah anda akan dilelong.

Laporan Kredit Kewangan Anda (Credit Rating) 

Sebelum anda meminjam, anda perlu periksa credit rating anda. Sekiranya credit rating anda tidak beberapa baik, anda dinasihatkan memperbaiki credit rating dulu sebelum memohon supaya kadar faedah anda rendah.