...

Mortgage Calculator

Friday, January 18, 2013

Sebab-sebab untuk refinance rumah



Terdapat banyak sebab mengapa pemilik rumah membuat keputusan untuk refinance. Antara sebab-sebab utama adalah;

Jimat Interest dan Duit

Oleh kerana amaun pinjaman yang terlibat besar dan tempoh pinjaman lama, penjimatan dua atau tiga peratus interest akan membawa kepada penjimatan wang yang banyak kepada peminjam. Sekiranya anda sekarang sedang membayar hutang pinjaman yang kadar faedahnya tinggi, maka anda perlu mempertimbang sama ada untuk refinance khasnya apabila kadar pinjaman perumahan rendah.

Menurunkan Ansuran Bulanan

Sekiranya anda dapat membuat refinance dengan pinjaman kadar faedah yang rendah, anda boleh mengurangkan ansuran bulanan. Ataupun anda boleh memilih untuk mengekalkan jumlah ansuran pinjaman setiap bulan tetapi memendekkan tempoh pinjaman.

Mengambil Kesempatan Skor Kredit Yang Lebih Baik  

Walaupun dalam situasi kadar interest BLR masih tinggi, anda masih boleh refinance dengan kadar interest yang rendah. Ini kerana kemungkinan skor kredit anda bertambah baik sejak anda mendapat pinjaman dulu.

Membiayai Kos Pendidikan Anak-Anak

Apabila nilai rumah anda naik dan baki pinjaman anda telah berturun selepas bertahun-tahun membayar ansuran bulanan, ekuiti anda akan bertambah. Ekuti merujuk kepada bahagian nilai rumah anda yang dimiliki anda selepas membayar semua pinjaman perumahan. Akan tetapi ekuiti anda perlu ditukar kepada tunai sebelum ianya dapat digunakan. Cash-out refinance merupakan cara pemilik rumah boleh “menukar” ekuiti kepada tunai. Tunai tersebut boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti membiayai kos pembelajaran anak-anak.

Membayar Hutang Kadar Faedah Tinggi

Salah satu penggunaan Cash Out Refinance adalah untuk tujuan menstruktur kembali hutang-hutang anda. Ini kerana pinjaman perumahan merupakan cara yang baik untuk membayar hutang-hutang lain yang interest tinggi seperti kad kredit. Kadar faedah untuk refinance adalah lebih rendah daripada pinjaman peribadi dan pinjaman lain. Setelah membayar hutang-hutang lain, anda hanya ada satu hutang sahaja iaitu hutang pinjaman perumahan. Oleh itu proses ini juga digelar debt consolidation (penggabungan semua hutang kepada satu hutang).