...

Mortgage Calculator

Friday, January 18, 2013

Faktor-faktor mempengaruhi kadar faedah


Ramai pemilik rumah kurang faham kenapa mereka tidak layak mendapat kadar faedah yang minima seperti yang diiklankan oleh institusi kewangan. Hakikatnya, kadar faedah ditentukan juga oleh faktor-faktor peminjam. 

Antara faktor tersebut adalah:


Skor Kredit (Credit Rating)

Laporan kredit anda mempunyai pengaruh yang besar ke atas kadar faedah. Sekiranya laporan kredit anda sangat baik yakni anda bayar kad kredit dan hutang-hutang lain mengikut masa, ansuran bulanan hutang anda rendah berbanding dengan gaji anda, institusi kewangan akan yakin anda tidak akan menghadapi masalah untuk membayar ansuran bulanan. Jadi mereka akan menawarkan pinjamam dengan kadar faedah rendah. 

Jenis Hartanah.

Kadar faedah juga bergantung kepada jenis hartanah yang anda ingin beli. Secara umum, anda akan dikenakan interest yang lebih tinggi sekiranya anda membeli rumah kedua atau sekiranya anda bertujuan menyewa hartanah tersebut selepas membeli.

Tempoh Pinjaman.

Kadar interest juga lebih tinggi sekiranya anda meminjam untuk tempoh yang lebih singkat. Contoh kadar faedah biasanya lebih tinggi untuk pinjaman 15 tahun berbanding pinjaman 30 tahun.

Jumlah Pinjaman.

Secara umum, jumlah pinjaman yang lebih tinggi amaunnya, lebih tinggi kadar faedah. 

Nisbah pinjaman : nilai rumah.

Kadar pinjaman : nilai rumah dikira dengan jumlah pinjaman yang dipohon bahagi dengan nilai rumah. Semakin tinggi nisbah tersebut semakin tinggi kadar faedah. Ini bermakna sekiranya down payment anda kurang dan jumlah pinjaman tinggi, maka lebih tinggi interest.

Lokasi.

Kadar faedah berlainan mengikut lokasi hartanah yang anda beli. Sesetengah lokasi yang dijangka akan mengalami perkembangan ekonomi dan infrastruktur akan menaikkan nilai rumah anda. Biasanya kadar faedah yang dikenakan oleh bank rendah dalam kes tersebut.

Cara setiap bank akan menilaikan faktor-faktor tersebut secara berlainan, jadi kadar faedah mungkin berlainan mengikut bank. Anda dinasihatkan untuk mendapat quotation daripada beberapa institusi kewangan sebelum membuat keputusan.