...

Mortgage Calculator

Thursday, August 9, 2012

Kenapa bank menolak pinjaman anda??

Membuat pinjaman bank pada individu tertentu adalah sesuatu yang memudahkan, tetapi pada sesetengah orang membuat pinjaman dengan bank adalah satu perkara seumur hidup yang menyakitkan hati. Sudah lah banyak dokumen yang perlu disediakan, alih-alih pinjaman pula tidak dapat diluluskan… Kenapa?

Pertama sekali, saya ingin bertanyakan kepada anda… anda tahu tak sebenarnya institusi perbankkan bukanlah dari industri hartanah? mereka adalah “alien” disini tetapi didalam masa yang sama kita sangat-sangat memerlukan mereka, kenapa?


Boleh saya katakan… institusi perbankkan hanya ingin membuat keuntungan dengan anda!

Sudah memang lumrah hidup, kita kena membuat simpanan lebih.. Lagi-lagi kalau dah bercadang lagi 5 ke 10 tahun nak beli rumah idaman / sendiri. Daripada bayar sewa rumah, lagi elok bayar installment untuk rumah sendiri. Dengan adanya bank sebagai wahyu anda… mungkin sudah tiba masanya anda merealisasikan impian memiliki hartanah idaman.

Berbalik pada tajuk artikel ini, kenapa bank menolak pinjaman anda? secara asasnya saya pun tak tahu. Tetapi alasan yang kerap saya terima dari bank, pemohon ini tidak berkelayakkan, liabiliti pemohon tinggi, ccris, ctos, business tak bagus, penyata bank tak selari, penyata epf, pemohon tak bayar cukai… dan macam – macam hal lagi.

Jika pinjaman anda tidak lulus dengan sebuah bank, mungkin cawangan dan bank lain dapat membiayai pemilikan rumah anda. Saya mempunyai beberapa pelanggan yang memohon pinjaman pada cawangan yang berdekatan dengan pejabatnya… Selepas seminggu, seorang “officer bank” menelefon si pemohon dan mengatakan pinjaman tidak diluluskan kerana faktor liabiliti atau komitmen yang terlalu tinggi. Tetapi apabila dia pergi momohon ke cawangan bank berhampiran dengan rumahnya, permohonan itu telah diluluskan tidak sampai seminggu pun. Pada hal masih bank yang sama…. cuba fikirkan….

Jika pihak bank memberi alasan “anda punyai komitmen yang tinggi”, anda sebenarnya masih berpeluang, kerana saya dapati ada sesetengah cawangan mempunyai kuota tertentu. Pengurus-pengurus pinjaman disana mempunyai had maksima untuk meluluskan pinjaman sebelum mereka menghantar permohonan itu ke ibu pejabat untuk mendapatkan kebenaran. Walau pun begitu jangan anda berdegil, jika 2-3 bank telah “reject” permohonan anda, ini bermakna memang komitmen anda tinggi. Cuma jika anda gagal kali pertama, tidak bermakna anda tidak dapat membiayai rumah anda, cuba cari bank lain atau bank cawangan lain.

Dari maklumat yang saya terima, ada juga sesetengah bank hanya meluluskan peruntukkan tertentu pada sesuatu projek. Sebagai contoh untuk projek A bank ini memperuntukkan RM20 juta dan jika kelulusan telah lebih dari kuota bank…. mereka akan mula “reject” semua kes-kes yang datang dari projek ini.

Tidak perlu risau… sebaliknya tanya kembali pada pegawai bank – Kenapa permohonan anda ditolak? ada cara lain untuk saya mendapatkan pembiayaan rumah saya? Mungkin pegawai itu dapat memberikan beberapa cadangan kepada anda.

Apa-apa pun jangan berputus asa, cuba tanya pada penjual hartanah anda, mungkin beliau dapat membantu di dalam pencarian anda ini. Kebiasaan mereka yang terlibat didalam hartanah akan memberikan anda nombor telefon pegawai bank yang boleh dipercayai dan pantas didalam kerja.

Saturday, August 4, 2012

Setiawangsa Bungalow near to Giant RM1.8 Million


Located at very established area.
Facing main road.

Near to petrol pumps (Petronas), hypermarkets (Giants), shops and restaurants.

4Rooms 4Bathrooms.
Land area: 4000 Sqft
Built up area: 2,500 sqft.
Kit cab. Wardrobe. Airconds.
RM1.8M nego.

Interested please contact:
MUS 0111-9234991
or
email to: encikhartanah@yahoo.com

Klik link dibawah untuk gambar-gambar lain...





Thursday, August 2, 2012

Petua Masuk Rumah Baru


Azan - Laungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) 
yang suka tinggal di rumah atau bangunan yang tidak berpenghuni.


Baca Surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."


Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. 


Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (Hadis riwayat Al-Baihaqi)


Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak 1 kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas Nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi 1 kali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.




Wednesday, August 1, 2012

High floor Vista Pinggiran Services Apartment, Seri Kembangan Unit for Sale! (12/09/12)


* 850 sqft
* 3 Rooms & 2 Bathrooms
* Good condition
* Windy and Quiet
* High floor with nice view
* Full Condo facilities such as:

  •  Swimming pool
  •  Gym
  •  Sauna
  •  Playground
  •  Tennis court
  •  Mosque
  •  Laundry Shop
  •  Saloon
  •  Barber shop
  •  Cafeteria 
  •  Covered Parking
  •  24 Hours security

* Near Alice Smith International, Institut Pertanian Serdang and
* Near Jusco Taman Equine, Giant, Jusco, Carefour, Tesco and MacDonald's.
* Next to Putra Walk
* Near Apartment Taman Pinggiran Putra, Apartment Putra Indah, Lestari Permai etc..
* Strategic location, within 15min distance to Cyberjaya, Putrajaya, Serdang and Puchong.
* Growing population and development in the area, high rental renturn about 6-7%
* Good for Future Investment.

PRICE : RM180,000.00 (Nego)

Fast selling unit!
Grab it Fast!


If interested, contact MUS at 0111-9234991
or email to encikhartanah@yahoo.com


My other properties ;
Link : http://www.mudah.my/muz-goldrealty

Klik dibawah untuk gambar-gambar lain..










Tuesday, July 31, 2012

AXIS SOHU @ AXIS PANDAN, PANDAN INDAH (12/09/12)


Details:
- 3 Rooms & 2 Bathrooms
- 835 sqft
- Bumi Lot
- Leasehold 99 yrs
- Renovated Kitchen
- Fully Furnished House :

  • New Kitchen Cabinet
  • Set Sofa
  • Master Bed with Mattress
  • Refrigerator
  • Washing Machine
  • Dining Table
  • 2 Air Cond
  • Water Heater
  • Full Grill Installed

Variety Amenities:


  • Next to LRT Pandan Indah Station
  • 24 Hours Guarded
  • Covered Parking
  • Gym & Clubs
  • Swimming Pool
  • Playground
  • Shopping and dining convenience at adjacent Axis Atrium such as Old Town, KFC, Subway,Carrefour and etc.
  • Banks 

Excellent Accessibility:

  • Directly accessible to Jalan Ampang/ Elevated Highway and MRR2.
  • 1 minutes walk to Pandan Indah STAR LRT Station.
  • Only 10 minutes drive to KLCC. 
  • High Living in the Heart of Pandan Kuala Lumpur

PRICE : RM400,000.00 (Nego)


Interested please contact:
MUS at 0111-9234991 


or email to encikhartanah@yahoo.com


Here the others picture:









Tuesday, July 24, 2012

BERMINAT UNTUK REFINANCE RUMAH?




5073426832 af7a16e50c Cara Buat Refinance Rumah
Terdapat beberapa bank menyediakan pembiayaan semula rumah
Tajuk hari ini khas bagi sesiapa yang sudah pun memiliki rumah sendiri. Bagi yang belum tu, cepat-cepatla beli rumah ye sementara umur anda masih lagi muda. Kalau dah tua nanti, dah tak dapat lagi nak buat pembiayaan yang lama untuk kurangkan faedah. Akhirnya nanti, anda terpaksa membayar lebih setiap bulan kepada bank. 

Secara asasnya, ada 3 tujuan yang biasa kami dengar tentang pembiayaan semula rumah ini :
  1. Nak kurangkan bayaran bulanan
  2. Nak dapatkan duit samada untuk buat renovation, setelkan hutang dan sebagainya.
  3. Ada offer baru dari bank yang lebih bagus dari pembiayaan sekarang.
Tetapi, yang selalu kita dengar golongan yang biasa buat refinance ini, adalah terdiri daripada golongan dari a) dan b) tadi. Sebelum nak refinance rumah, kita sendiri perlu tahu apa tujuan sebenarnya apabila mahu buat pembiayaan semula rumah ini. Ramai yang buat silap dengan refinance rumah disebabkan untuk mendapatkan duit semata dan kemudian beli barang-barang yang tidak perlu atau maksudnya berjoli. Ini selalu yang kami nampak pada kebanyakan orang. Namun, terpulanglah. Sendiri punya duit, pandai-pandaila uruskan bukan. Terpulang. Nak cakap banyak, masing-masing dah besar.

Okey……setelah anda dah tahu apa tujuan anda nak buat refinance ini, barulah kita pergi “jalan-jalan” dulu ke setiap bank untuk mendapatkan pilihan tawaran yang terbaik. Bersesuaian dengan kehendak dan tujuan kita tadi. Lain bank, lain kadar faedah serta keistimewaannya. Namun, apa yang penting adalah anda mestilah mencari tawaran yang terbaik bersesuaian dengan apa tujuan anda. 

Ada beberapa perkara penting yang perlu anda ambil tahu sebelum membuat pembiayaan semula ini.
Di antaranya ialah:

1) Maklumat Kediaman:
  • Alamat rumah dan jenis hartanah .
  • Keluasan tanah .
  • Build up area@Keluasan Dibina
  • Freehold@ leased hold
  • Ada pernah buat Renovation & Kos
  • Jumlah Pinjaman Sebelum Ini
  • Jangkamasa Pinjaman.e.g 25 tahun
  • Bayaran bulanan pinjaman
  • Tarikh pembayaran pinjaman pertama
  • Jangkamasa Lock-In
  • Harga Semasa Kediaman
2) Parameter Pembiayaan
  • Pembiayaan 80%@90% pada harga semasa
  • Faedah pembiayaan yang ditawarkan
  • Jumlah bayaran bulanan maksimum
  • Jangkamasa pembiayaan.e.g 20 tahun@25 tahun@30 tahun
  • Jenis Pembiayaan-Flexi Konvensional@Fixed Islamik
  • Jangkamasa Lock-Down.Kebiasaannya adalah 3 hingga 5 tahun
  • Kemudahan Pembayaran Awal(samada tidak dikenakan penalty dan kadar faedah berkurangan)
  • Faedah Daily Rest@Monthly Compounded
  • Zero move in cost atau Non Zero move in cost
Apabila anda sudah sudah tahu maklumat dan parameter pembiayaan seperti di atas tadi, adalah lebih baik anda meminta quote harga kepada sebanyak bank yang boleh. Selidik quote tersebut dengan teliti dan sebaiknya. Jangan tandatangan apa-apa lagi pada waktu ini. Setelah itu, pilih 3 yang terbaik dan isi borang serta hantarkan kepada bank-bank berkenaan. Setelah mendapatkan offer letter dari pihak bank, jangan tandatangan lagi. Gunakan offer letter tersebut untuk counter offer dari bank-bank yang terdiri dari 3 yang terbaik tadi. Ini adalah trick untuk mendapatkan lebih banyak faedah seperti kadar faedah yang lebih rendah serta fleksibiliti pembayaran.

Selepas anda sudah memilih dengan tawaran yang paling terbaik tadi, barulah anda boleh menandatangani perjanjian. Dan jangan lupa, sering kami ingatkan di sini bahawa klausa perjanjian perlulah dibaca dengan teliti. Ramai yang ambil mudah benda-benda ini. Almaklumlah tebal bebenor, sampai naik rimas pula nak kaji selai-selai kan? Tapi benda ini penting. Ada klausa-klausa perjanjian tertentu yang perlu diambil perhatian seperti penyelesaian awal.

Ada sesetengah bank menawarkan penyelesaian awal tanpa dikenakan faedah atas jumlah pinjaman dan ada juga yang tidak menawarkan fleksibiliti berikut. Jadi, itu adalah contoh yang perlu anda ambil perhatian. Berikut di bawah juga diberikan jenis-jenis pembiayaan perumahan yang biasa terdapat di bank-bank di Malaysia.



TERM LOAN (TL) FEATURES
  1. Traditional Basic Home Loan
  2. Amortizing (Reducing) based on loan tenure.
  3. No withdrawal allow
  4. Pre-Payment allows for completed property.
  5. Semi-Annual/Annual Home Loan Statement given.
  6. Must Discharge from Bank upon full settlement.
  7. Suitable for Fixed income earner (Employment) with minimal saving surplus.
  8. No Monthly Maintenance Charges
  9. Daily Rest Calculation* – subject to bank’s packages offered (Not applicable for Islamic Loan)
TERM LOAN (TL) TYPES
A) Conventional Flexi-Term Loan.
  1. Multi Tiers Rates.
  2. Follow BLR fluctuations.
  3. Installment is not fixed as BLR will fluctuate.
  4. No Withdrawal allows. *Currently few banks allow withdrawal if you paid extra – min. RM5K per w/draw & RM50 fee, will be charge.
  5. Penalty will be charge if you are to REFINANCE, SELL OFF or FULLY SETTLE within LOCK-IN Period.
  6. Only few bank’s package allow prepayment during construction period.* subject to package term & conditions.
B) Flexi-Fixed Rates Term Loan.
  1. Single Tier Rate.
  2. No BLR fluctuation affects.
  3. Installment & Total Repayment is Fixed.
  4. No Withdrawal allows.
  5. Penalty will be charge if you are to REFINANCE within LOCK-IN Period.
  6. No Penalty for Fully Settlement or Sell Of Property – Anytime.
  7. Allow prepayment during construction period.
  8. Minimal Chances of Refinancing since the current rate is lower the BLR. Unless You need to cash out.
OVERDRAFT LOAN (OD) FEATURES
  1. Normally is a Single Tier Rates.
  2. Follow BLR fluctuations.
  3. Loan A/C = Current A/C = Not Amortizing (Reducing) loan.
  4. Higher Interest Rate compare to TL.
  5. Allow withdrawal by issuing checks.
  6. Allow Pre-Payment.
  7. Penalty will be charge if you are to REFINANCE, SELL OFF or FULLY SETTLE within LOCK-IN Period.
  8. Monthly Home Loan Statement given. (Current A/C Statement)
  9. No need to discharge upon fully settlement – standby cash
  10. Withdrawal Limit = evergreen not amortizing – will chop 20% standby limit at the end of the year starting age 60.
  11. Loan above RM250,000 will have 1% commitment fee annually
  12. Suitable for Businessmen / Self employment with big cash flow turnover
  13. Client With Bounces Check blacklisted will not entitled for this loan – CTOS BMC positives
  14. RM10 maintenance Charges.*
  15. Daily Rest Calculation.
  16. No need to Refinance again since OD allow standby Cash upon early fully paid off.
FLEXI-WITHDRAW LOAN (Hybrid Loan) – Combination of Term Loan & Overdraft facility
  1. Multi Tiers Rates
  2. Follow BLR fluctuations.
  3. Installment is not fixed as BLR & loan outstanding will fluctuate.
  4. Allow prepayment during construction period.
  5. Penalty will be charge if you are to REFINANCE, SELL OFF or FULLY SETTLE within LOCK-IN Period.
  6. Loan A/C = Current A/C + ATM card => Amortizing (Reducing) loan 07. Monthly Home Loan Statement given. (Current A/C Statement)
  7. No need to discharge upon fully settlement – standby cash
  8. Withdrawal Limit Amortizing – Follow Term Loan Amortizing
  9. No Annual commitment fee .
  10. Suitable for Businessmen / Self employment with big cash flow turnover.
  11. Client With Bounces Check blacklisted will not entitled for this loan – CTOS BMC positives.
  12. RM10 maintenance Charges.
  13. Daily Rest Calculation.
  14. Interest Rate Cheaper Than OD rate.
  15. No need to Refinance again since Hybrid Loan allow standby Cash upon early fully paid off.
Sekali lagi, ianya bergantung kepada tujuan anda ingin membuat pembiayaan semula ini. Namun, kami lebih suka sekiranya pembiayaan semula digunakan untuk membuat pelaburan baru ataupun mengurangkan kadar bayaran bulanan disamping mendapat lebihan wang untuk membuat pelaburan seperti membeli rumah lelong, menyimpan di ASB dan sebagainya dari mengubahsuai rumah. 

Ini kerana, bagi saya pembiayaan semula bertujuan untuk kita mendapatkan lebihan wang sebagai tujuan utama. Jadi, untuk memaksimakan duit tersebut, adalah lebih baik dari melaburkannya. Dan dari faedah pelaburan seperti ASB, rumah sewa, Homestay dan sebagainya, ianya sedikit sebanyak juga dapat menambahkan lagi pendapatan.

Namun ianya terpulang kepada anda. Berkemungkinan anda menghadapi masalah kewangan dan ingin menyelesaikan hutang seperti hutang kad kredit,pinjaman peribadi dan sebagainya. Jadi, pokok pangkalnya disini, tujuan pembiayaan semula anda hendaklah memberikan faedah atau kesan positif kepada anda, dan bukan sebaliknya.