...

Mortgage Calculator

Monday, July 16, 2012

Memilih Pelaburan Hartanah Terbaik

Melabur dalam perniagaan hartanah boleh menjadi satu perniagaan yang rumit dalam keadaan ekenomi sekarang. Bagaimanapun ada indikator dan perkara-perkara yang anda boleh lakukan untuk memastikan anda membuat keputusan terbaik. Di bawah adalah beberapa tips pelaburan hartanah yang boleh membantu anda.
Seperti yang selalu diperkatakan, lokasi, lokasi, lokasi… adalah faktor TERPENTING bila melabur dalam hartanah.
  • Beli di kawasan atau negara yang paling berpotensi memberi pulangan terbaik.
Ramai bakal pelabur yang tidak melihat jauh dari kawasan tempatan mereka. Ini bermakna mereka berpotensi kehilangan ribuan ringgit kerana tidak mengendahkan peluang.
  • Cari inisiatif peningkatan di kawasan tempatan.
Contohnya, laluan LRT akan dipanjangkan hingga ke Klang, ini akan meningkatkan permintaan di kawasan sepanjang peningkatan ini dan menaikkan harga pasaran.
  • Perhatikan perniagaan besar yang sedang memasuki kawasaan.
Ini bermaksud lebih banyak peluang pekerjaan akan dihasilkan dan peluang pekerjaan akan meningkatkan permintaan perumahan.
  • Jika membeli untuk disewakan, pertimbangkan kos untuk menjual kembali hartanah itu dan potensi pulangan kepada pelaburan anda.
Jika selepas kiraan anda mendapati anda akan kerugian, anda haruslah meninggalkannya atau mencari wang untuk ditambah kepada deposit supaya boleh merendahkan bayaran balik pinjaman perumahan. Anda juga harus memfaktorkan sekali yuran ejen pentadbiran, bayaran bulanan pinjaman bank, kos penyenggaraan (lebih kurang 10-15% dari sewa tahunan) dan kemungkinan hartanah anda kosong 1 bulan dalam setiap tahun.
  • Pastikan hartanah yang dibeli mudah disenggarakan dan tidak mempunyai kerosakan besar.
Kos senggaraan yang rendah akan mengurangkan sakit kepala anda.
  • Beli di kawasan selamat, perhatikan kadar jenayah tempatan.
Kalau dapat, ketahui berapa peratus golongan muda yang mempunyai perlakuan anti sosial di kawasan itu. Ianya adalah indikator terbaik untuk kadar jenayah.
  • Jika mahu membeli rumah untuk keluarga pastikan ada sekolah yang  baik di kawasan berdekatan.
Jumlah duit yang anda akan dapat dari pelaburan hartanah sangat bergantung kepada kualiti dan kesesuaian hartanah kepada khalayak sasaran anda dan lokasi hartanah itu. Walaupun pada keadaan ekonomi yang mencabar ini masih terdapat pilihan pelaburan yang berbaloi untuk dilakukan oleh pelabur hartanah yang bijak.

Friday, July 13, 2012

Realiti yang perlu difikirkan sebelum membeli rumah....

Ramai yang berminat untuk mengetahui cara cara untuk membeli rumah yang sepatutnya.

Benda ini mudah tetapi tidak diketahui ramai.

Yang paling penting sekali ….

Sebelum cari rumah mana yang kita kehendaki ialah….

1. Ukur Baju di Badan Sendiri.- sebelum kita sendiri mencari rumah idaman, kita akan membeli rumah tersebut dengan Pembiayaan Bank. Betul tak ?

Tidak ramai orang di luar sana yang mampu untuk membeli rumah idaman secara TUNAI (beli cash!)

Jadi bagaimana nak tahu berapa besar saiz baju kita ?


  • Pergi mana mana branch Bank yang kita rasa selesa untuk berurusan. Setiap branch berbeza2 Ratio yg dibenarkan..
  • Bagitau dia yang kita nak check ‘Availability’ kita untuk buat pembiayaan Perumahan.
  • Pegawai bank tersebut akan mula tanya soalan soalan yang berkaitan.
  • Kita akan bagi dia semua info yang berkaitan supaya beliau dapat memasukkan info tersebut dalam pengiraan
  • Kemampuan kita untuk membuat pembiayaan (Islamik) atau pinjaman (Konvesional) akan dikira secara kasar.
  • Ini berdasarkan Debt Service Ratio (DSR) yang ditentukan oleh bank itu. Lain bank lain DSR Ratio yang dibenarkan. Kena rajin bertanya.


2. Berdasarkan kemampuan kita, barulah kita boleh cari rumah yang harganya dalam kemampuan kita.

  • Harga rumah tersebut.
  • Berbalik kepada kemampuan kita untuk membuat pembiayaan perumahan atau pinjaman perumahan.


3. Pilih mana mana rumah yang kita berminat ..Kawasan tertentu seperti dekat dengan tempat kerja, dekat dengan mak bapak, dekat dengan surau, dekat dengan masjid, dekat dengan TESCO, dekat dengan CARREFOUR, dekat dengan GIANT, dekat dengan sekolah etc.

Jangan mengambil mudah dalam membeli rumah. Dapatkan panduan membeli rumah dengan lengkap atau sekurang kurangnya ada ilmu.Nanti bila kena tipu, jangan salahkan orang lain.Salahkan diri sendiri dulu.Bagaimana anda ingin mengkomitkan diri anda dengan bank selama 30 tahun ?

Fikir-fikirkan....

Anda nak beli rumah tetapi perlu fikir untuk menjualnya...

Apakah yang sentiasa kita fikirkan apabila membeli rumah baru?

Mungkin… mula terbayang untuk memulakan satu kehidupan yang baru nanti? atau sentiasa memikirkan wang belanja yang akan digunakan? Yang pasti… .didalam tempoh pencarian hartanah yang sesuai ada sesuatu yang anda perlu faham dan wajib ingati.

Apa bendanya?

Menjualnya lah! Jika anda merancang untuk membeli mana-mana hartanah anda juga harus berfikir untuk menjualnya kembali. “Halo!.. saudara… saya beli bukan untuk menjualnya…. apa raaa…!!!!”

Saya faham…, anda membeli hartanah dan merancang untuk tinggal disana bukan untuk menjualnya. Kenapa saya kata begitu? Anda harus tahu, hampir 95% mereka yang membeli dan tinggal di rumah yang sama didalam tempoh 8-15 tahun akan menjual kembali hartanah itu. Jadi anda sepatutnya tidak lupa untuk memikirkan kembali peluang untuk menjual semasa membeli.

Kenapa? baca artikel dibawah;

Apabila kita membeli sesuatu hartanah, kita harus beringat bahawa kita tidak akan tinggal disana seumur hiudp kita. Walau pun sehebat mana pun kawasan itu, secanggih mana pun rumah itu… Pada suatu hari nanti anda tetap akan meninggalkannya.

Ini bermakna anda akan memiliki hartanah terbabit dan akan pula menjualnya kembali. Yup! ianya benar. Hampir 95% mereka yang memiliki hartanah pada umur 25 tahun sehingga 45 tahun akan menjual hartanah itu pada tempoh yang tertentu. Ianya seperti satu tren dan cara hidup rakyat Malaysia, yang berubah-ubah dan berkemungkinan faktor portfolio kewangan yang semakin baik.

Pada kebanyakkan tuan rumah ianya tidaklah begitu sukar, tetapi jika anda benar-benar mengambil kira akan potensi ini ianya bakal sedikit sebanyak mempengaruhi konflik yang lebih mendalam. Saya jadikan simulasi ini sebagai contoh; Anda menjumpai sebuah kondo yang sangat-sangat menarik pada mata anda. Dan yang paling menggembirakan hartanah itu juga didalam bajet kemampuan anda. Isu yang timbul hanyalah rumah itu dan kawasan-kawasannya mengalami kemerosotan harga. Jika anda benar-benar memerlukan rumah itu, walau apa pun yang saya katakan… anda tetap akan membelinya, dan anda mula berharap segalanya akan pulih didalam masa beberapa tahun. Tetapi bagaimana pula jangkaan anda salah? dan kawasan kejiranan itu tidak menunjukkan signal yang baik.

Akhirnya… tidak berapa lama lagi rumah impian anda akan berubah menjadi satu kawasan yang kurang selamat. Ini akan menyebabkan anda kehilangan wang dari transaksi akan datang. Dan ianya sudah pasti tidak akan menggembirakan anda. Beringat untuk mencari ruang potensi pada hartanah ini adalah penyebab harga hartanah pada sesetengah individu itu melonjak. Mereka tahu apa yang mereka lakukan, dan mereka faham akan apa yang orang lain mahukan. Jika anda mahukan nilai hartanah anda melonjak… fikirkan bagaimana anda boleh menjualnya semasa membeli.

Kita tidak tahu apakah nasib kita 5-10 tahun akan datang. Memang anda membeli hartanah hari ini dengan harga yang super menarik. Tetapi jika berlakunya sesuatu peristiwa yang memerlukan anda berhijrah… Anda tetap perlu menjualnya. Jadi apabila sampai pada waktu itu, anda tidak pula dapat menjualnya… anda pasti akan kerugian beribu-ribu ringgit hanya diatas kealpaan anda semasa membeli hartanah pada hari ini. Sedangkan kerugian itu dapat diminimakan atau tiada langsung dengan perancangan awal ” beli tetapi fikir untuk menjualnya” set kan minda anda dan rancang sebaiknya.

Yang paling mustahak, jika anda merancang untuk membeli hartanah fikirkan juga masa hadapan. Adakah anda dapat menjual hartanah ini? adakah harganya akan meningkat naik? berapa peratus kenaikkan hartanah dikawasan ini? Segala-galanya anda harus fahami dan renungi. Setelah itu baru lah anda mula menconggak emosi untuk memiliki hartanah yang diidami.

Semoga berjaya pelabur semua…. 


Thursday, July 12, 2012

10 Cara Kreatif Mencari Wang Muka Rumah Baru / Sub sale (10% Deposit)


Mendapatkan wang deposit pendahuluan adalah satu perkara yang paling sukar untuk memiliki rumah baru. Terutamanya jika ianya dalah rumah pertama anda.  Seperti yang anda tahu, kebanyakkan bank hanya akan membiayai kos kediaman anda sebanyak 90% sahaja.

Jadi baki 10% kebiasaan akan dibayar oleh pembeli sebagai tanda komitmen dan penunjuk kemampuan.

Bagaimana jika anda mampu dan layak tetapi deposit itu tidak dapat disediakan?

Baiklah… ada beberapa cara yang dapat dilakukan. Ikuti saranan dan tip paling kreatif untuk mendapatkan duit muka atau deposit awal hartanah anda.

1. Minta tolong.
Kebiasaanya anda boleh meminta tolong pada saudara terdekat seperti ibu bapa atau rakan yang  prihatin dan berbangga dengan keputusan anda. Sebagai balasan anda boleh memulangkan wang yang dipinjam itu dengan sedikit lebihan sebagai tanda penghargaan. Ibu bapa kebiasaanya memang menggalakkan anak-anak mereka memiliki hartanah. Jika diikutkan meminta ibu bapa untuk membeli hartanah adalah satu perkara yang lebih mudah berbanding meminta mereka membiayaai perkahwinan anda. Betul kan? Tak percaya anda cuba…

2. Gunakan ASET anda yang lain – sebagai contoh menjual aksesori kereta yang tidak digunakan atau koleksi-koleksi terhad untuk mendapatkan wang.

Banyak cara anda boleh menjual secara offline pada kawan-kawan atau kumpulan. Hendak lebih mudah banyak laman-laman portal pengiklanan yang anda boleh gunakan untuk menjual barang terpakai secara online seperti ebay.com.my, lelong.com.my, mudah.my, mysimplifieds.com atau timestreets.com kesemua laman-laman web itu adalah portal pengiklanan percuma di Malaysia dan ramai yang telah mendapat manfaat dari portal-portal seperti ini. Jual apa sahaja dari barang moden hingga koleksi-koleksi antik asalkan anda tidak  memandai-mandai menjual kesemua pasu-pasu bunga kesayangan nenek anda… Kesian lah kat dia kawan…

3. Ambil INSURAN yang memberi anda pulangan berganda mengikut tempoh tertentu. Selain dari melindungi dan melabur setiap 2-3 tahun sekali anda akan mendapat bonus mengikut caruman anda setiap bulan. Jika dirasakan perlu … anda juga boleh menyerahkan segala nilai insuran itu untuk mendapatkan tunai dan sekaligus dapat membiayai deposit hartanah anda. Jangan pula anda dengan sengaja mematahkan kaki anda dan klim insuran untuk tujuan ini. Cara itu amat bahaya…

4. Jika anda pembeli hartanah buat kali pertama, anda boleh mengeluarkan wang simpanan pekerja (KWSP) untuk membiayai 10% dari deposit rumah baru. Semak akaun 2, dan carilah mana-mana hartanah yang bersesuaian dengan nilai akaun itu.

5. Menabung dengan ASB adalah satu cara mudah bagi mendapatkan wang muka. Jika anda mensasarkan hartanah yang berharga RM500,000 anda hanya perlu meletakkan deposit RM1000 sebulan secara konsisten. Mengikut unjuran kalkulator saya ini, jika anda mula menyimpan pada awal tahun 2010… pada akhir 2013 anda akan mempunyai RM52,226.59 sebagai wang deposit 10% setelah empat tahun menyimpan. Jadi apa tunggu lagi? Mula lah menabung dengan ASB.

6.  Tingkatkan pendapatan isi rumah anda.
Anda boleh melakukannya dengan mencari kerja sambilan atau melakukan kerja-kerja pada waktu lapang (freelance). Cara ini adalah satu cara yang terbaik untuk dipraktiskan. Seperti biasa mungkin ada diantara pembaca yang merasakan.. “Lah! nak cari kerja ingat senang ke?” Cakap saja boleh laa. Apa yang saya ingin cuba sampaikan hanya sebagai panduan. Mencari kerja sambilan atau bisnes sambilan bukan sahaja memerlukan komitmen malah memerlukan masa, tenaga, dan wang sebagai modal. Sebagai contoh jika anda boleh berkebun atau ada mesin potong rumput. Carilah kerja-kerja untuk pembersihan rumah. Sekali potong rumput + khidmat landskap dan taman RM50 untuk 2 jam. Anda bayangkan jika anda dapat membuat perkhidmatan ini di beberapa biji rumah setiap minggu. Setiap sabtu dan ahad anda akan membuat bisnes lanskap dan taman pada 8 buah rumah empat pada hari sabtu dan empat lagi di hari ahad. Setiap rumah anda caj RM50 sekali datang.

Sabtu: RM50x4= RM200
Ahad: RM50x4= RM200

Jumlah: RM400 Seminggu.
RM400x4 minggu = RM 1600 Sebulan.
Nah! RM1600 sebulan sebagai modal permulaan anda mencari wang muka untuk rumah idaman.

7. Tawarkan sesuatu yang lain dari wang tunai. Cara ini adalah satu cara lain jika anda membeli hartanah dari pemilik individu yang bukan dari pemaju. Dengan cara pembeli menawarkan apa yang dirasakan bernilai kepada pemilik,  sistem barter ini amat memudahkan kerana ia dapat diselesaikan dengan segera. Ada juga diantara pembeli menawarkan kereta atau bot laju sebagai ganti wang deposit hartanah mereka, ada pula yang menawarkan perkhidmatan seperti khidmat seni lanskap atau melukis pelan rumah banglo kepada tuan rumah untuk banglonya yang baru. Jadi terpulang kepada anda dan keperluan pemilik.

8. Jimat dengan mengambil kira pelepasan cukai anda. Dengan mengetahui hak dan pakej pelepasan cukai dan peratus potongan untuk pendapatan tertentu akan meringankan lagi bebanan kewangan anda. Dengan sumber ini bukan sahaja anda dapat berjimat malah anda juga dapat mempercepatkan lagi wang tabungan deposit hartanah anda.

9. OD atau overdraf adalah satu alternatif lain selain dari beberapa contoh diatas. Pihak bank kadang-kala menawarkan khidmat OD bersih tiga hingga enam kali ganda dari pendapatan bulanan. Senario tidak cukup wang muka ini banyak dialami oleh eksekutif dan graduan yang baru mula bekerja, dari segi pendapatan dan komitmen mereka memang tiada  punya halangan untuk mendapatkan pinjaman tetapi hanya wang muka sahaja tidak mencukupi. Jai cara ini boleh membantu.

10. Usaha sama dan rakan kongsi mungkin menjadi satu alternatif lain yang dapat membantu anda didalam pelaburan hartanah. Cara ini dengan menawarkan peluang ini pada rakan-rakan dan bagaimana anda boleh menguruskan dan menguntungkan modal rakan anda. Tetapi untuk urusan ini anda harus bersiap sedia untuk menerima apa sahaja kemungkinan yang akan membuatkan persahabatan anda tidak seakrab dahulu jika berlaku sesuatu yang tidak mengikut perancangan.

Semoga berjaya pelabur semua…

SYARAT-SYARAT SKIM RUMAH PERTAMAKU


Skim Rumah Pertamaku allows young adults to obtain up to 100% financing , enabling them to own their 1st home. This is in line with the Governments aspirations of increasing home ownership amongst the "rakyat".

Eligible Borrowers:
  • Malaysian citizen only
  • First time homebuyer
  • Individuals up to age 35 years
  • Single borrower gross income not exceeding RM 3,000 per month
  • Confirmed employee with minimum employment of 6 months with same employer
  • All outstanding debt repayment obligations from banks and non-banks (including those not covered by CCRIS) must not be more than 60% of monthly income after statutory deductions (ie. Tax, EPF, SOCSO) or maximum limit of the lending bank, whichever is lower.
Acceptable Income Document
  • Individual Applicant
Acceptable Income Documents
  • Latest 3 months salary slips
  • Latest Borang BE (supported by tax payment receipt)
  • Latest EPF statement
  • Latest 3 months bank statement / saving passbook
  • Letter of employment
Eligible Properties:
  • Property value of minimum RM 100,000 and maximum RM 400,000
  • Residential properties only
  • For lease hold, remaining lease ≥ 60 years
  • Owner occupied
Financing Requirements:
  • Maximum financing tenure of 30 years
  • No redrawable features
  • Savings record (3 months instalment liquidity reserve)
  • Instalment payable via monthly salary deduction or standing instruction
  • Compulsory Fire insurance / takaful

FAQ

A. Skim Rumah Pertamaku
  1. What is Skim Rumah Pertamaku (SRP) / My First Home Scheme?
    The scheme is one of the measures recently announced by the Government in the 2011 Budget aimed at assisting young adults earning RM3,000 per month or less to own a home. The scheme allows homebuyers to obtain up to 100% financing from financial institutions, enabling them to own a home.
    Cagamas SRP Berhad will guarantee the banks on financing above 90% level i.e. if a borrower obtains 100% financing, Cagamas SRP will guarantee 10% (from 90% to 100%) of the financing.
     
  2. With Cagamas SRP Berhad's guarantee, does it mean borrowers/customers under the Scheme are only liable to the bank for 90% financing only?
    No, the borrowers/customers are liable to the bank for the full financing amount (up to 100%). The guarantee only indemnifies the bank for any loss incurred as a result of financing above 90% level.
     
  3. Do I have to pay a higher interest/profit rate or any fee to enjoy up to 100% financing under the Scheme?
    No, the normal interest/profit rates of the respective banks shall apply and borrowers/customers do not have to pay for the Cagamas SRP Berhad's guarantee.
B. Financing
  1. Who is eligible for this Scheme?
    This scheme is open to all Malaysian citizens aged 35 years old or less (age next birthday is 36 years old or less) with monthly income of not more than RM3,000 per applicant.
     
  2. I am self-employed and my average monthly income is RM2,000. Am I eligible for the Scheme?
    No, the scheme is limited to employees in the private sectors only. Applicants must be confirmed employees with minimum employment period of 6 months with the same employer.
     
  3. I am self-employed and my spouse works in a trading company earning RM2,000 per month. Are we eligible as joint applicants under the Scheme?
    No, all applicants (including joint applicants) must meet the citizenship, first home, employment, age and income criteria.
     
  4. My spouse and I each earn RM1,500 per month and we wish to obtain 100% financing purchase our first home of RM220,000. Would we qualify under the Scheme?
    Under the Scheme, the monthly repayment/instalment amount must not be more than 1/3 of borrower's/customer's monthly combined gross income; in this case, RM 1,000 per month as the financing is subject to affordability.
    Example of calculation:
    • Gross combined income : RM 1, 500+ RM 1,500 = RM 3,000
    • 1/3 of RM 3,000 = RM 1,000
       
    Based on current interest/profit rates and permitted maximum financing tenure of 30 years, your maximum eligible financing amount is approximately RM200,000. To obtain RM220,000 financing, your combined monthly income would need to be approximately RM3,300.
     
  5. My friend and I meet all the criteria. Can we jointly apply for financing under the Scheme?
    No, joint applicants must be family members, i.e. husband and wife or siblings only, and they must all meet the criteria set.
C. Property
  1. Does the Scheme cover completed properties as well as those under development?
    Yes, the Scheme covers both completed properties and those under development. The guarantee is effective upon full disbursement of the financing.
     
  2. My spouse and I bought a property at RM220,000. Will we be entitled to RM220,000 financing if we meet the income criteria?
    Valuation of the property is subject to the bank's underwriting policy. Generally, banks will finance based on purchase price or valuation (open market value) from their panel valuer, which ever is lower.
     
  3. My existing financing was taken up for the purchase of my first home. Am I eligible to refinance the loan under the Scheme?
    No, the Scheme does not cover refinancing of an existing financing.
     
  4. Are there any limitations on the type of residential properties or locations under the Scheme?
    The type of residential properties and locations are subject to participating banks' underwriting policies.
D. Other Questions
  1. How do I apply for financing under the Scheme?
    Application can be made at any branch of the participating banks.
     
  2. Can I apply for Islamic financing under the Scheme?

    Yes, the Scheme covers both conventional and Islamic financing.
     
  3. What is the maximum financing tenure?
    The maximum financing tenure is 30 years, subject to participating banks' respective underwriting policies.
     
  4. Do I need to purchase fire insurance/takaful and Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA) / Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT)?
    The borrower/customer will have to purchase fire insurance/takaful. However, MRTA / MRTT requirements will depend on the requirements of the participating banks.
     
  5. With up to 100% financing under the Scheme, does that mean I do not have to come up with any down payment?
    The homebuyer would be required to pay a booking fee and/or deposit to the seller under the terms of the Sale and Purchase Agreement pending disbursement of the home financing by the bank.  When financing documentation is completed, the homebuyer would be reimbursed from the disbursement of the financing by the bank. The homebuyer may try to make an arrangement with the seller for deferment of deposit payment pending disbursement by the bank.  Such request is dependent on the seller's willingness to accommodate.
SOURCES : HONG LEONG BANK BERHAD